ALYA IMAN DAN NABIL AQIL BERGANDINGAN DALAM SIRI TERBARU ADAPTASI NOVEL ANGGUN MIKAYLA DI VIU


Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW memperkenalkan siri Viu terbaru, Anggun Mikayla yang dibintangi pelakon muda Alya Iman dan Nabil Aqil. Drama bergenre cinta, persahabatan & kekeluargaan ini merupakan adaptasi novel karya penulis Liza Nur dan mendapat sentuhan pengarah drama I Love You, Stupid, Eyra Rahman.

Mempunyai 13 episod, drama ini akan ditayangkan di aplikasi Viu bermula 25 April pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Anggun Mikayla mengisahkan tentang Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibunya sendiri. Walaupun menanggung derita dengan hinaan dan cacian, Mikayla tidak berdendam dengan mereka yang membencinya.


Pertemuan antara Mikayla dan Idriz mewujudkan hubungan yang istimewa. Siapa sangka hati Idriz terpaut kepada wanita yang dijumpainya dalam keadaan yang tidak disangka. Sementara itu, Asif, lelaki yang pernah menolak perasaan Mikayla mulai sedar yang perasaannya terhadap Mikayla sebenarnya lebih dari sebagai kawan.

Meskipun keanggunannya menjadi rebutan, Mikayla tetap mencari secebis kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui kewujudannya. Dapatkah Mikayla mencari erti nilai diri sebenar dan cinta yang sepatutnya dia miliki?

Langgan Viu Premium untuk menonton drama Anggun Mikayla dan pelbagai lagi rancangan hiburan Asia terbaik tanpa gangguan iklan. Muat turun aplikasi Viu secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.

Drama Anggun Mikayla ini dibawakan khas oleh Simple.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!