TINGKATKAN KEMAHIRAN BIDANG MUZIK ANDA MELALUI GRAMMY GO™ DI COURSERA


Pernahkah anda bermimpi untuk mengubah cinta anda terhadap muzik menjadi kerjaya? GRAMMY GO™ kini bersedia merealisasikan impian anda! Ia merupakan satu inisiatif dalam talian yang baharu daripada Recording Academy® dengan kerjasama Coursera untuk menawarkan kursus-kursus muzik kepada bakal artis di seluruh dunia. Pengkhususan pertama GRAMMY GO, Building Your Audience for Music Professionals (Membina Peminat Anda untuk Profesional Muzik) akan tersedia mulai April 2024. Malah, GRAMMY GO akan mengembangkan katalognya dengan tawaran Music Production Specialization (Pengkhususan Penerbitan Muzik) yang kini terbuka untuk pra-pendaftaran.

Kolaborasi GRAMMY GO bertujuan memacu sinergi pembelajaran sesama penghasil kandungan bagi membina satu komuniti muzik yang bertenaga, pelbagai dan global, demi membantu pelajar mengorak langkah ke arah dunia muzik yang berwarna-warni. GRAMMY GO menawarkan kepakaran dan pengalaman daripada barisan pemenang serta calon GRAMMY®, ahli Recording Academy dan pakar industri melalui kursus dan kandungan yang praktikal dan terkini. Semua kursus ini direka khas bagi menyokong pengamal kreatif yang ingin melakar masa depan dalam bidang muzik.

Kandungan GRAMMY GO di Coursera menampilkan nasihat praktikal daripada artis dan penerbit tersohor. Dalam Building Your Audience for Music Professionals, barisan calon dan pemenang GRAMMY yang terdiri daripada Jimmy Jam, Janelle Monáe dan Victoria Monét, berkongsi tip penting tentang cara untuk membina kehadiran jenama yang kukuh serta komuniti penonton setia. Menerusi pelbagai kajian kes dan aktiviti praktikal, anda akan mendalami cara untuk mencipta identiti jenama yang unik, berhubung dengan pendengar, dan memasarkan diri anda dengan berkesan.

Dalam Music Production Specialization yang bakal bermula, barisan pemuzik, vokalis, pengkarya lagu, penerbit dan jurutera audio yang terkenal, termasuk Harvey Mason jr., Stevie Mackey, Judith Sherman, Cirkut dan Hit-Boy, berkongsi pengalaman mereka tentang kolaborasi dengan legenda muzik seperti Elton John, JAY-Z, Jennifer Lopez, dan Britney Spears. Mereka akan mendidik anda tentang cara untuk mengkarya dan menerbitkan muzik yang mendahului carta, bermula daripada asas teori bunyi sehinggalah penyempurnaan vokal dan penambahbaikan lagu dalam pelbagai projek berunsurkan praktikal.

“Sama ada melalui program GRAMMY Museum®, GRAMMY Camp® atau GRAMMY U®, organisasi GRAMMY komited untuk membantu pencipta muzik berkembang maju, dan Recording Academy berbesar hati untuk memperkenalkan GRAMMY GO, platform pembelajaran terbaharu kami yang dilancarkan dengan kerjasama Coursera,” kata Presiden Recording Academy, Panos A. Panay.

“Kerjaya pencipta muzik merupakan satu proses berterusan, jadi kursus ini telah dihasilkan untuk melengkapkan pelajar dengan alatan penting untuk berkembang dalam perjalanan profesional dan kreatif mereka,” tambah beliau lagi.

Daftarlah kedua-dua kursus hari ini juga ke arah merealisasikan impian muzik anda yang sudah lama anda idamkan!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?