KOLEKSI ANTA KAI 1 'PLAYOFFS' BUAT PENAMPILAN SULUNG DI MALAYSIA

Playoff Away

Detik yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan pemain bola keranjang tempatan kini tiba dengan pengenalan pek ‘Playoffs’ terbaharu hasil kerjasama ANTA, jenama kasut dan pakaian sukan terkemuka, dan ikon NBA, Kyrie Irving. Pengeluaran terbaharu ini menandakan penampilan sulung siri ANTA KAI 1 di Malaysia. Dijadualkan untuk tersedia mulai 27 April 2024 di cawangan ANTA terpilih di seluruh negara, siri terbaharu dalam koleksi ANTA KAI 1 ini akan memperkenalkan dua warna baharu yang diinspirasikan daripada perjalanan istimewa Kyrie Irving dalam sukan bola keranjang.

ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ melambangkan satu langkah penting bagi ANTA Malaysia dalam menghasilkan gabungan inovasi, gaya, dan intipati kesenian Kyrie Irving untuk peminat bola keranjang di Malaysia, terutamanya bagi peminat setia Irving yang gigih mengikuti perjalanan NBA beliau. Kolaborasi ini membuktikan komitmen ANTA untuk menyampaikan koleksi kasut dan pakaian premium yang disesuaikan dengan aspirasi atlet tempatan dan peminat pakaian jalanan (streetwear).

Cik Pang Sook Fong, Pengarah Negara ANTA Malaysia, menekankan kebesaran kejayaan dalam usaha mereka untuk membawa koleksi ini ke Malaysia yang direalisasikan atas komitmen bersama yang dikongsi ANTA dan Kyrie Irving untuk menghidupkan semangat yang membara untuk sukan bola keranjang.

“Pengenalan pek ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ ini menandakan detik penting bagi ANTA Malaysia. Kami sangat berbesar hati untuk menyampaikan produk yang diilhamkan oleh kreativiti, semangat, dan kecemerlangan Kyrie Irving kepada peminat bola keranjang dan peminat kasut sukan di Malaysia,” kata Cik Pang.

“Kolaborasi ini menunjukkan dedikasi kami untuk memartabatkan budaya bola keranjang di Malaysia sambil memperkasakan atlet tempatan untuk mengejar impian mereka dengan yakin dan bergaya dengan reka bentuk kasut yang eksklusif dan unik yang pasti memikat hati rakyat tempatan.”

Pilihan kombinasi warna ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ Home and Away

Sebagai penghormatan kepada pasukan Irving, Dallas Mavericks, pek ‘Playoffs’ menampilkan dua edisi berbeza: Playoff Home dan Playoff Away. Ia didatangkan dengan skema warna putih, navy, merah, kuning, hijau, dan ungu, dan setiap kasut merangkumi ciri-ciri penting untuk kejayaan di gelanggang.

Playoff Home

Playoff Home menampilkan bahagian atas yang berwarna Papyrus White manakala Playoff Away menampilkan bahagian atas yang berwarna Deep Sea Blue. Diinspirasikan oleh jersi irving yang bernombor 11 dan latar belakang Penduduk Asal Amerika Syarikat beliau, koleksi terbaharu ini menggabungkan tenunan ‘Artist on Court’ yang menggambarkan gaya permainan Irving, aksara hieroglif dan motif tribal, yang mencipta nilai estetika unik dan sangat bermakna.

“Lebih daripada sekadar kasut, koleksi ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ ini meraikan budaya bola keranjang dan keazaman yang berterusan. Sambil atlet dan penggiat kasut sukan tempatan merangkul keistimewaan keluaran terbaharu ini, kami di ANTA Malaysia bertekad untuk terus menyokong mereka untuk mencapai kejayaan sehingga setiap impian menjadi kenyataan,” kata Cik Pang.

Istimewa untuk Ahli ANTA Malaysia bersempena dengan pelancaran

Untuk meraikan pelancaran sulung koleksi KAI di Malaysia, ahli ANTA boleh membeli pakaian KAI terpilih dan mendapatkan penyesuaian untuk kemeja-T KAI hanya di ANTA The Exchange TRX pada 27 April (10 pagi - 4 petang) dan 28 April (12 tengah hari - 6 petang). Sementara stok masih ada. Tertakluk pada terma dan syarat.

Keluaran yang lebih menarik menanti anda

Koleksi ANTA KAI 1 akan tersedia dengan pilihan kombinasi warna terbaharu yang akan tiba di Malaysia pada bulan Mei 2024. Ikuti perkembangan terkini ANTA dan dapatkan jemputan eksklusif untuk pelancaran dan acara dengan mendaftar sebagai ahli ANTA di bit.ly/4a4FGW3.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ANTA KAI 1 ‘Playoffs’, sila layari laman web rasmi kami (https://bit.ly/4b0jSLh) atau ikuti @ANTAMalaysia di Instagram atau Facebook.

 

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ECO-GARDEN – PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG LESTARI JENAMA SENDIRI PERTAMANYA

KINOHIMITSU MEMPERKENALKAN PRODUK KECANTIKAN BARU - COLLAGEN BEAUTY PRO DAN UV-BRIGHT PRO