TWINCITY MARATHON 2024 DIMERIAHKAN DENGAN SUASANA HARI RAYA TAHUN INI
Twincity Marathon, sebuah acara larian yang dinanti-nantikan ramai telah berjaya dianjurkan buat sembilan tahun berturut- turut di Persiaran Flora, Cyberjaya baru-baru ini. Acara tahunan yang dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd berjaya mengumpulkan lebih 8,000 peserta dari 24 negara termasuk Qatar, Brazil, Kenya, Hong Kong, Singapura, Brunei, United Kingdom, dan banyak lagi.
Tahun ini buat pertama kalinya, Twincity Marathon dianjurkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sebelum ini, edisi-edisi lalu acara larian ini dianjurkan di awal tahun. Pihak penganjur berhasrat meraikan semangat Aidilfitri dan kebersamaan bersama pelari-pelari yang setia menyokong acara ini setiap tahun.
Seperti yang menjadi tradisi Twincity Marathon, para peniaga tempatan dijemput untuk menyediakan hidangan di reruai yang disediakan dan disajikan secara percuma kepada para peserta. Apa yang istimewa tahun ini, penganjur telah mengadakan rumah terbuka raya, lengkap dengan lemang dan hidangan raya yang enak untuk semua peserta.
Pada tahun ini juga, acara larian menawarkan empat kategori yang berbeza: 5km, 12km, 21km, dan 42km. Sama ada peserta adalah pelari santai bersama keluarga atau pelari tegar yang ingin memperbaharui rekod peribadi, Twincity Marathon menawarkan kategori jarak yang bersesuaian dengan setiap individu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://twincitymarathon.com/
Comments
Post a Comment