PAMERAN LUKISAN MAKANAN RINGAN NOSTALGIA HIPER-REALISTIK OLEH MARGARET LAU DI AVENUE K


Jom kita imbau kenangan di zaman kanak-kanak dengan lukisan makanan ringan yang hiper-realistik di Avenue K. Walaupun nampaknya seperti foto, sebenarnya gambar-gambar yang dipamerkan adalah dihasilkan dengan lukisan tangan oleh pelukis Margaret Lau.

Pameran ini adalah susulan kejayaan pameran solonya di Hong Kong di bulan Ogos lepas. Margaret Lau adalah seorang graduan Cambridge University yang berasal dari Hong Kong. Beliau menetap di Malaysia setelah mendirikan rumah tangganya. 

Idea untuk melukis makanan ringan tercetus semasa kawalan pergerakan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 dua tahun lepas. 

Dengan latar belakang sebagai arkitek, Margaret dalam masa yang singkat telah menghasilkan seni Lukis hiper-realisme dengan perincian seumpama 3-dimensi yang mendapat perhatian penggemar-penggemar makanan ringan dari serata dunia. 


Pameran Lukisan Makanan Ringan Nostalgia Hiper-Realistik ini menampilkan 22 lukisan hiper-realisme makanan ringan kegemaran ramai dalam pelbagai saiz seperti Mamee Monster, Super Ring, Mimi, Cheezels dan Popo Muruku Ikan Original.


Pameran ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, 25 - 30 Oktober 2022.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.avenuek.com.my/news/nostalgic-snacks-hyper-realistic-art-exhibition-by-margaret-lau/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025