KONSERT PERCUMA 'ABSOLUT MUSIC FESTIVAL' BAKAL GEGARKAN BANDAR MALAYSIA


Syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama bersama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert PERCUMA pada awal November depan. Festival gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka ini juga akan membawa festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara, bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur. 

Dengan sasaran 200,000 pengunjung, acara ini bakal diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 4 November sehingga Ahad 6 November 2022. Konsert ini bakal menampilkan seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama. 


Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan, DOLLA, Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo, Kidd Santhe, Projector Band, ForceParkBois dan Insomniacks. 

Dan juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters. Bertemakan festival terbuka ataupun “outdoor concept” , festival ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri acara di Malaysia yang tampak suram sejak 2 tahun kebelakangan ini. 

Kelainan yang kami bakal bawakan adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan pada festival musik sahaja, acara kali ini juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya. 


Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak. Acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara PERCUMA kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022. 

Menurut Ben Ali, Pengarah Absolut Event and Management, "Akim merupakan antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena konsert percuma awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi. Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran acara tersebut. Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara yang mendapat tajaan dari syarikat vape, Elfbar diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara yang tampak suram sejak dua tahun kebelakangan ini. Acara kali ini juga akan memberi peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka."

Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini. Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan kepada anda semua.


Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.instagram.com/absolutmusicfest/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING