HOSPITAL PANTAI AMPANG MENYOKONG PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN WANITA DAN SARINGAN PENGESANAN AWAL


Hospital Pantai Ampang (PHA) akan menganjurkan acara untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi penjagaan pencegahan untuk semua wanita. Sepanjang bulan Oktober, secara tradisinya bulan untuk kesedaran kanser payudara, PHA akan mengadakan tawaran istimewa di hospital serta gerai "PINK" di lobi hospital untuk meningkatkan kesejahteraan wanita. 

PHA juga telah menganjurkan beberapa siri jerayawara untuk meluaskan jangkauan kesedaran termasuk mengendalikan gerai kesihatan di MyTown Shopping Centre mulai 14 hingga 16 Oktober 2022. 

Antara aktiviti yang disediakan di gerai PHA termasuklah pemeriksaan kesihatan asas, analisis komposisi badan dan rundingan dengan pakar diet mereka. Pengunjung gerai juga digalakkan untuk mengambil sedikit masa untuk dimanjakan dengan rias kuku, percubaan solekan dan sesi urutan bahu. 

Risiko mendapat penyakit seperti kanser dan penyakit jantung telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kanser payudara ialah kanser yang paling lazim bagi wanita Malaysia, dengan Yayasan Kanser Payudara menganggarkan bahawa satu daripada 19 orang wanita akan menghidap kanser payudara sepanjang hayat mereka. 

Penyakit-penyakit gaya hidup juga semakin meningkat berikutan lebih banyak kes obesiti dan tahap tekanan yang lebih tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif PHA, Chong Soon Mei berkata: “Sambil kami memperingati kesihatan wanita di PHA bulan ini, kami mahu menekankan bahawa tidak kira umur seseorang wanita, mereka perlu menjalani pemeriksaan secara kerap. Wanita sebaiknya perlu melakukan mamogram apabila mereka berumur 40 tahun ke atas, dan ini hendaklah dilakukan sekali setiap dua tahun. Wanita sebaik-baiknya hendaklah melakukan mamogram setiap tahun mulai umur 40 hingga 55 tahun, dan setiap dua tahun selepas usia 55 tahun. Apabila kanser payudara dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian untuk pulih adalah lebih tinggi”. 

“Matlamat gerai PINK kami tahun ini juga adalah untuk menggalakkan wanita berehat sepenuhnya demi kesihatan mereka dan menikmati penjagaan diri. Ini merupakan aspek penting dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat. Sebagai wanita, kita menguruskan banyak perkara yang berbeza, dan kadang-kadang kita gagal memberi masa memanjakan diri sebagai cara untuk menghilangkan tekanan." 

Pemeriksaan lain yang penting untuk kesihatan pencegahan termasuk pap smear setiap tiga tahun bagi wanita berumur antara 21 dan 65 tahun, serta ujian human papillomavirus (HPV) setiap lima tahun selepas umur 30 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!