“ADUHH!!!” LAGU SATIRA MALAYSIA GANDINGAN DOUGLAS LIM & SONAONE KINI MULA MENCURI PERHATIAN


Sebuah kolaborasi di antara Def Jam Malaysia bersama Alternate Records telah melahirkan projek kerjasama Douglas Lim dan SonaOne melalui karya-bersama pertama mereka berjudul “ADUHH!!!”. Lagu yang agak nakal dengan melodi rancak serta ‘hook’ yang hebat ini pasti akan meninggalkan kesan dalam ingatan semua yang mendengar.

Lagu ini bertitik-tolak dari impian Douglas yang sudah lama ingin menerbitkan lagu berinspirasi hip-hop untuk melengkapi pengaruhnya yang semakin meluas. Lebih menakjubkan, pembabitan SonaOne yang juga salah satu penyanyi rap dan penerbit hip hop tersohor negara benar-benar melengkapkan impian ini menjadi kenyataan.

“Memang impian saya sejak sekian lama untuk merakamkan sebuah lagu hip hop, jadi kala SonaOne bersetuju untuk membantu saya menjayakan projek ini, saya benar-benar gembira. Saya berlatih dan berlatih berkali-kali sebelum rakaman namun dia membuat pengalaman ini menjadi seronok serta sangat menarik.” Kata Douglas.

Proses rakaman lagu berjalan lancar untuk kedua-dua artis kerana kedua-duanya telah memberikan yang terbaik dan menonjolkan kekuatan masing-masing demi melengkapi intipati lagu dan memberikan makna sebenar karya ini.


“Saya mahukan lagu ini berentak rancak dan mampu menyemarakkan suasana dengan bunyi yang sesuai bersama mainan kata Douglas. Muzik dan komedi memang mampu menyatu seperti yang pernah dibuktikan oleh bintang-bintang dunia seumpama Weird Al Yankovic, Jack Black serta bintang tempatan Jin Hackman. Jadi saya sudah menjangkakan bahawa projek ini pasti bakal mudah prosesnya.” kata SonaOne.

“ADUHH!!!” menceritakan kisah keyakinan diri yang jitu dan boleh dicontohi sesiapa sahaja dalam kehidupan harian. “Bayangkan ia seperti seorang jejaka yang sangat yakin dan selesa dengan penampilannya sehingga merasa dia terlalu kacak sampai ketampanannya itu menyakitkan,” seloroh Douglas penuh lucu.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI