IMANTOOFAITH TAMPILKAN ASYA DALAM SINGLE TERBAHARU DENGUNGAN KASIH


Imantoofaith, atau nama penuhnya Mohd Nur Iman Bin Mohd Nor merupakan salah seorang penyanyi muda yang baru sahaja menceburi bidang industri muzik Malaysia. Penyanyi muda berbakat ini bakal mengeluarkan single terbaharunya, berjudul “Dengungan Kasih” bersama salah seorang penyanyi wanita Asya yang juga seorang pelajar jurusan seni tari kebudayaan dan tradisional. 

Beliau berasa sangat teruja apabila diberitahu naskah ini adalah sebuah projek kolaborasi gabungan 3 sekawan yang tidak asing lagi dalam arena DJ Elektronik tersohor Malaysia bersatu selaku komposer dan penerbit yang terlibat iaitu Jakeman, Skeletor dan Syko G. 

Lagu yang berjudul Dengungan Kasih ini menceritakan kisah seorang pemuda yang masih mencari akan identiti dirinya dalam bidang seni muzik. Ia mengisahkan akan bagaimana dirinya, yang menganggap muzik itu ibarat kekasihnya, cuba menceburkan diri lebih dekat dengan industri muzik tanah air kita ini. Semangatnya tetap teguh kuat, walaupun ditimpa dengan pelbagai onak duri cabaran. Kerana, itu bukan penghalang baginya untuk menjadi seorang anak seni. 

Biarpun cara baru diimplementasikan dalam pembikinan muzik, cara lama hendaklah sama sekali tidak dilupakan. Tua mahupun muda tiada bezanya, hati sahaja yang lain seperti rambut sama hitam hati lain-lain. Demikian, janganlah dibanding-bandingkan akan kebolehan masing-masing kerana setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri. 

Anak seni muda kelahiran Kuala Lumpur ini bukan sahaja berbakat dalam bidang seni muzik, malah juga berbakat dalam bidang sukan memanah. Semuanya bermula dengan minat Imantoofaith dalam penghasilan alatan memanah tradisional seperti busur dan anak panah yang berbentuk unik dan tampak klasik. 

Tidak cukup dengan itu, Imantoofaith juga pernah mewakili Negeri Perak untuk SUKMA Perak XIX 2018 dalam acara memanah. Bukan calang-calang anak muda bernama Imantoofaith ini, juga berminat dalam menulis lagu-lagunya. 

Lagu yang bergenre HipHop dan Rap ini telah dicipta dengan lirik yang puitis, terang dan santai, terhasillah sebuah lagu yang mudah dicerna dan dapat dinikmati bersama. 

Dengan bimbingan MAPMUSIC, maka lagu berjudul Dengungan Kasih ini dapat dimainkan untuk pendengar-pendengar muzik sekalian.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA