ROYAL CANIN DI EKSPO KUCING 2022 TINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN PENJAGAAN VETERINAR


Dari 30 September sehingga 2 Oktober 2022, para penggemar haiwan peliharaan dan pemilik kucing telah membanjiri Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE untuk mengunjungi edisi kelima Ekspo Kucing. Hadir kembali sebagai salah sebuah syarikat utama yang mengambil bahagian dalam pameran haiwan peliharaan terbesar Malaysia, Royal Canin telah bertemu dengan lebih 250 pemilik kucing untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan veterinar yang tepat pada masanya dan sempurna.


Melalui pegangan kepercayaan yang teguh atas usaha memupuk dan memacu masa hadapan penjagaan haiwan peliharaan bagi mencapai matlamat syarikat tersebut iaitu A BETTER WORLD FOR PETS (DUNIA YANG LEBIH BAIK UNTUK HAIWAN PELIHARAAN) dalam setiap fasa kehidupan mereka, Royal Canin telah menyediakan reruai berbentuk interaktif bagi pemilik kucing untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor veterinar serta membawa haiwan peliharaan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan am.


Marlie Joosten selaku Ketua Bahagian Perniagaan “Pet Speciality” Royal Canin Malaysia, menjelaskan nilai-nilai yang dipegang dengan kukuh oleh Royal Canin bagi mencapai matlamat syarikat tersebut: A BETTER WORLD FOR PETS (DUNIA YANG LEBIH BAIK UNTUK HAIWAN PELIHARAAN) boleh diterjemahkan melalui satu sistem pencegahan, “Seperti mana kita manusia mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang tetap, kita semestinya perlu melakukan perkara yang sama untuk haiwan peliharaan kita!”


Pada kebiasaannya, haiwan peliharaan hanya akan menunjukkan tanda-tanda penyakit setelah ia sudah mencapai tahap kritikal. Oleh yang demikian, ia penting untuk menjadualkan lawatan doktor secara berkala untuk si bulus kesayangan. Kekerapan pemeriksaan kesihatan yang disyorkan adalah sekurang-kurangnya setahun sekali. Klinik veterinar juga mempunyai kemudahan untuk mengesan sebarang penyakit yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan ini lazimnya dapat mencegah penyakit haiwan kesayangan daripada melarat. Ia adalah amat penting bagi mengekalkan kesihatan haiwan peliharaan kita untuk jangka panjang. Memandangkan setiap haiwan peliharaan adalah berbeza, langkah-langkah pencegahan yang diberikan oleh doktor veterinar juga boleh membantu pemilik haiwan peliharaan bagi memberikan kehidupan yang terbaik bagi haiwan kesayangan mereka,” sambung Joosten.


Untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kempen ‘Take Your Pet to The Vet’ (Bawa Haiwan Kesayangan Anda Berjumpa Doktor Veterinar), Royal Canin telah menjemput Dr Salehatul Khuzaimah (juga dikenali di laman media sosial sebagai Dr Ima), seorang doktor haiwan pendamping di Lembah Klang, untuk menangani sebarang kebimbangan orang ramai berkenaan isu haiwan peliharaan mereka daripada pandangan doktor veterinar profesional. Sesi soal jawab telah dilaksanakan dua kali sehari sepanjang hujung minggu, yang mana dialog yang rancak bersama para pemilik haiwan peliharaan telah diadakan dengan harapan dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang penjagaan yang diperlukan bagi kesejahteraan haiwan kesayangan mereka. Bagi mereka yang berminat, sesi soal jawab tersebut boleh ditonton semula di laman Facebook Royal Canin.


Lanjutan daripada itu, individu yang mendaftar sebagai ahli baharu Royal Canin Club semasa pameran tersebut layak untuk menerima sebuah mangkuk makanan kucing mini percuma serta baucar bernilai RM60 bagi khidmat nasihat doktor veterinar dan juga rawatan yang boleh ditebus di klinik-klinik veterinar yang tersenarai dalam aplikasi mudah alih Royal Canin Club. Di samping itu, ahli Royal Canin Club yang sedia ada boleh mendapatkan 100 mata tebusan sebagai tambahan ke atas baucar penjagaan kesihatan tersebut. Sepanjang tiga hari acara tersebut, seramai 2,000 orang pemilik haiwan peliharaan telah mendaftar sebagai ahli Royal Canin Club untuk mendapatkan baucar penjagaan kesihatan bernilai RM60 dan 400 orang telah menebus 100 mata menerusi aplikasi Royal Canin Club.


Para pengunjung turut berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik melalui ”Claw machine” dan permainan ”Maze” Royal Canin. Cabaran kuiz Kahoot! juga menduga pengetahuan para pengunjung dengan soalan berkaitan dengan kucing. Sebagai ganjaran, empat peserta dengan markah tertinggi telah membawa pulang sebuah Samsung Galaxy Tab 7 setiap satu pada hujung minggu tersebut.

Keseluruhannya, Ekspo Kucing 2022 telah mendapat sambutan di luar dugaan, yang mana pendidikan kesihatan kucing telah digandingkan dengan sambutan bagi meraikan si bulus yang comel ini.


Royal Canin berikrar untuk menjalinkan kerjasama dengan lebih rapat bersama pakar penjagaan haiwan peliharaan untuk memberikan nutrisi yang terbaik untuk kucing dan anjing.

Untuk maklumat lanjut tentang penjagaan haiwan peliharaan dan produk-produk Royal Canin, sila layari https://www.royalcaninmalaysia.my/.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI