CYCLE & CARRIAGE & UNDER ARMOUR BEKERJASAMA UNTUK MENGINSPIRASIKAN GAYA HIDUP AKTIF DAN PENGEMBARAAN LUAR RUMAH
Pengedar kereta Mercedes-Benz dan jenama pakaian sukan berprestasi telah menganjurkan bengkel yoga yang dipimpin oleh penyanyi, pelakon dan yogi Malaysia Atilia Haron baru-baru ini. Acara ini adalah selaras dengan komitmen Mercedes-Benz untuk membina kehidupan yang lebih baik dan sihat dengan membawa pengalaman luar rumah dan aktiviti bersenam lebih dekat kepada ke orang ramai di persekitaran dalaman.
Acara “Sweat & Shine with Cycle & Carriage X Under Armour” yang bertemakan penegmbaraan luar rumah ini juga dihadiri oleh 20 peserta termasuk selebriti tempatan dan pencipta kandungan seperti Michiyo dan Megan Tan.
Para peserta juga berpeluang melihat dengan lebih dekat koleksi pakaian aktif untuk wanita oleh Under Armour dan juga membawa pulang produk terpilih. Model SUV Mercedes-Benz yang luar biasa Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC tutur dipamerkan untuk memberi inspirasi kepada mereka yang gemarkan kelasakan pengembaraan luar rumah.
Kedai konsep neu by Cycle & Carriage bertemakan "Outdoor Adventure" akan berlangsung dari sekarang hingga 30 Oktober 2022. Para pengunjung juga boleh menyaksikan khemah kompak atas bumbung daripada Thule yang turut dipamerkan bersama kereta tersebut bagi mencetuskan idea untuk pengembaraan luar rumah yang lebih hebat. Ia dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan terletak di Lot G316, Aras G, Pusat Membeli-belah 1 Utama (Sayap Baru).
Untuk maklumat lanjut tentang Cycle & Carriage, sila layari https://www.ccb.mercedes-benz.com.my/ atau ikuti https://www.facebook.com/cyclecarriagemy
Untuk maklumat terkini tentang Under Armour, sila layari https://www.underarmour.com.my/en-my/
Untuk melihat produk outdoor terkini dari Thule, sila layari https://www.thule.com/en-my/.
Comments
Post a Comment