MONKI BAKAL BUKA GEDUNG KE-7 BERKONSEP SERBA BAHARU DI PAVILION KUALA LUMPUR


Sejak Januari 2022, Monki telah membuka stor pop-up di Pavilion KL. Ruang sementara ini bakal memberi laluan kepada sebuah gedung berkonsep serba baharu yang mana pelanggan boleh mendapatkan segala keperluan berfesyen - daripada pakaian harian kepada pakaian untuk hari atau majlis istimewa dengan  harga yang kompetitif -  semuanya diilhamkan daripada gabungan gaya jalanan Asia dengan estetika Scandinavia yang cool. 

Monki juga komited untuk mengetengahkan bakat kreatif tempatan. Selaras dengan kempen "Seven Sisters Salute Sisterhood", Monki bakal mempamerkan karya seni tujuh artis wanita tempatan di gedung Pavilion KL. 

Dianne Tahir, Florence Khoo, Nurul Atika, Sarah Reza, Shari Jaffri, Sharina Shahrin dan Shobhana Nair telah ditugaskan untuk menerapkan erti "Salute Sisterhood" ke dalam karya seni mereka. 

Gedung Monki di Pavilion KL dijangka dibuka pada 19 November ini.  

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025