LEE JAE WOOK BAKAL MERIAHKAN 'KOREA FEST 2022 – EXPERIENCE THE BEST OF KOREA' DI 1 UTAMA

 

Anda bersedia untuk menemui aktor kacak dari Korea Selatan, Lee Jae Wook? Jom kita ke Korea Fest 2022 yang bakal berlangsung dari 4 hingga 6 November 2022 di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre.

Festival ini menjanjikan pengalaman serba-serbi Korea selama tiga hari dengan K-Beauty, K-Culture, K-Performances dan juga K-Food. Para pengunjung boleh  mendapatkan pelbagai pakej tawaran pelancongan ke Korea yang menarik melalui rakan agensi pelancongan yang mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti dan bengkel juga turut disediakan.

Pertubuhan Pelancongan Korea telah melantik pelakon Korea Selatan, Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Lee Jae Wook membuat penampilan sulungnya dalam filem thriller fiksyen sains “Memories of the Alhambra (2018-2019) dan mengukuhkan lagi statusnya sebagai pelakon utama lelaki dengan dalam drama fantasi hit “Alchemy of Souls (2022)”.

Di Korea Fest 2022 kelak, Lee Jae Wook dijadualkan untuk bertemu dengan para peminat Malaysia dalam sesi ramah mesra “Annyeong Kawan with Lee Jae Wook” pada 5 November 2022, jam 5:00 petang. Untuk mendapatkan berpeluang untuk bertemu pelakon Lee Jae Wook secara dekat, anda boleh membeli mana-mana Pakej Pelancongan Korea daripada agensi pelancongan dan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian.

Kunjungi Korea Fest 2022 di LG Oval, 1 Utama Shopping Centre dari 4 hingga 6 November 2022 dan layari www.koreafest2022.com untuk maklumat lanjut.



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO