MENEROKAI WARNA-WARNI BUDAYA KOREA MELALUI MOKKOJI KOREA 2022 DI MALAYSIA

Selepas Uzbekistan, Malaysia pula akan menjadi lokasi seterusnya untuk “MOKKOJI KOREA 2022” (MOKKOJI KOREA). Acara ini bertujuan untuk mempamerkan gaya hidup serta budaya masyarakat di Korea dan menggalakkan pemahaman antara negara-negara melalui pertukaran budaya dua hala.

MOKKOJI KOREA merupakan sebuah festival di mana para peminat Hallyu boleh belajar dan mengalami sendiri pelbagai aspek gaya hidup di Korea, termasuklah makanan, kecantikan, fesyen, dan permainan Korea. Aktiviti-aktiviti ini memberikan peminat Hallyu peluang untuk mendalami budaya Korea, seterusnya mengembangkan lagi definisi gaya hidup dan budaya Korea, lebih dari sekadar budaya popular.

MOKKOJI KOREA di Uzbekistan pada 24 dan 25 September tempoh hari diadakan di The Axelon Karting Club di Tashkent. Sepanjang acara tersebut, seramai 26,103 peminat tempatan  berpeluang meneroka dan menikmati pelbagai aspek gaya hidup Korea serta persembahan-persembahan K-Pop.

Selepas acara di Uzbekistan tersebut, November ini, artis-artis K-Pop termasuklah MOONBIN & SANHA, Jeon Somi, dan lain-lain lagi, akan bertemu dengan para peminat Hallyu di KOREA MOKKOJI 2022 di Malaysia. Acara tersebut akan mengambil tempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur daripada 12 sehingga 13 November. Pelbagai pengalaman dan pameran, antaranya PENTAS MINI, DAPUR MOKKOJI, DATARAN MOKKOJI, dan PASAR MOKKOJI, dijangka akan dipamerkan ketika acara tersebut nanti.

Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik seperti “Acara Tepuk Ria (High-Five Event), “Kuiz OX Gaya Hidup Hallyu”, “Cabaran Tarian Rawak (Random Play Dance), “Persembahan Tarian K-Pop”, dan “Cabutan Bertuah Barangan K-Pop”  di PENTAS MINI . Terdapat juga pelbagai acara yang telah dijadualkan, antaranya “Kelas Memasak” bersama Chef Korea, dan “Kelas K-Beauty” oleh Shinbia, yang bertujuan untuk membantu para pengunjung tempatan menghargai budaya Korea dengan lebih mendalam.

DAPUR MOKKOJI  merupakan di mana anda dapat menikmati makanan Korea dan merasai hidangan seperti Gimbap, Bibimbap, dan Bulgogi. Ia dijangka dapat meningkatkan minat pengunjung tempatan dalam makanan Korea melalui pengalaman sebenar.

DATARAN MOKKOJI  pula merupakan tempat di mana para peminat Hallyu dapat berseronok dengan drama, komik web, tempat-tempat pelancongan, dan permainan Korea. Ia juga menampilkan beberapa program menarik yang membolehkan anda merasai sendiri budaya Korea, seperti memakai hanbok (pakaian tradisional Korea), bermain permainan tradisional Korea, dan menikmati lawatan realiti maya (VR) ke Korea.

Acara ini juga mengalu-alukan komuniti Hallyu tempatan untuk memulakan pelbagai saluran komunikasi berkenaan budaya Korea, di samping mempromosikan dan menjual barangan dari Korea melalui PASAR MOKKOJI , yang menyokong syarikat-syarikat dan institusi Korea yang telah menembusi pasaran serantau.

KONSERT MOKKOJI  yang dijadualkan berlangsung pada 13 November, jam 5.30 petang merupakan tarikan utama MOKKOJI KOREA 2022 di Malaysia. Artis-artis K-Pop terkenal seperti MOONBIN & SANHA (ASTRO), Jeon Somi, dan BLANK2Y akan membawakan persembahan menarik dan memperkenalkan lagi budaya Korea kepada para peminat Hallyu.

Laman rasmi MOKKOJI KOREA (mokkojikorea.com) dan saluran YouTube mereka akan memainkan KONSERT MOKKOJI secara langsung supaya bukan hanya peminat Hallyu berdekatan dapat menikmati persembahan tersebut, tetapi juga para peminat dari seluruh dunia.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!