TREVO MENJEMPUT PEMINAT TEGAR BOLA SEPAK MENGUJI KEPAKARAN UNTUK MEMENANGI GANJARAN MENARIK


Di mana ada padang hijau, di situ ada peminat bola sepak. Semua orang ingin menjadi sebahagian daripada aksi, sama ada generasi muda mahupun yang berusia, memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Pada tahun ini, salah satu acara bola sepak yang menjadi tumpuan dunia kembali dengan membawa bersama keterujaan dan kegembiraan kepada para peminat.

Kejohanan paling hebat tahun ini bersama TREVO

Berkonsepkan Tempah & Menang, TREVO menjemput para peminat bola sepak berusia 21 tahun ke atas, yang mempunyai pengetahuan asas mengenai sukan itu ataupun individu yang mampu mempelajarinya dengan pantas, untuk mengambil bahagian dalam meraikan semangat persaingan, drama, kegembiraan kemenangan dan kedukaan kekalahan yang dibawa oleh sukan ini.

Dengan setiap tempahan, Tetamu TREVO boleh mengambil bahagian dengan membuat ramalan terhadap perlawanan yang bakal berlangsung dan berpeluang menerima gelaran ‘The Football Guru’ serta membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM10,000 atau salah satu daripada 20 hadiah sagu hati ‘Football Pundit’ bernilai RM200 setiap satu.

Bagaimana untuk mengambil bahagian?

Anda hanya perlu membuat tempahan TREVO sepanjang tempoh kempen berlangsung iaitu daripada 23 September sehingga 20 November 2022. Setelah tempahan disempurnakan, anda akan menerima notifikasi untuk membuat satu ramalan perlawanan bola sepak. Sungguhpun demikian, hanya tempahan dengan nilai minimum RM250 berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Setiap penyertaan yang layak dengan ramalan yang tepat akan diberikan mata yang akan menyumbang kepada kedudukan pada papan mata. Walau bagaimanapun, kesemua ramalan yang dibuat akan direkodkan dalam mikrosit kempen bagi memaparkan trend semasa.

Selepas anda melengkapkan ramalan yang dibuat dan sekiranya layak untuk memenangi hadiah, anda akan menerima satu e-mel daripada TREVO dalam masa tiga hari, mengesahkan ramalan anda dan menawarkan kod promosi baharu bagi membantu tempahan anda yang seterusnya. Malah, ia mungkin satu lagi peluang untuk menang! Buatlah lebih banyak tempahan yang layak, untuk memperoleh lebih banyak peluang membuat ramalan yang bakal menang.

Apabila keterujaan bola sepak bermula pada 21 November 2022 nanti, para peserta boleh menyemak papan mata di mikrosit kempen untuk mengetahui sama ada mereka adalah di antara 21 peserta utama yang bersaing untuk meraih hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Hadiah untuk dimenangi

Seorang peserta berpeluang meraih gelaran The Football Guru bersama Hadiah Utama bernilai RM10,000 yang terdiri daripada kredit e-dompet Touch n’ Go sebanyak RM5,000, kredit e-dompet TREVO sebanyak RM2,000 dan Petron Miles Points bernilai RM3,000. Selain itu, 20 peserta lain juga berpeluang mendapat gelaran ‘Football Pundit’ dan membawa pulang hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap satu, yang merangkumi kredit e-dompet TREVO sebanyak RM100 dan Petron Miles Points sebanyak RM100.

Ingin merebut peluang kejayaan dengan berkongsi kepakaran ramalan anda mengenai bola sepak? Layari laman https://trevo.my/stories/score-great-moments-with-trevo/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini serta terma dan syarat pertandingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TREVO, layari https://trevo.my/, Facebook: https://www.facebook.com/TrevoMY/ dan Instagram: https://www.instagram.com/trevomy/

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!