PERADUAN DON PANI PURI TAWAR HADIAH LUMAYAN – KERETA PROTON X50 & PERCUTIAN KE EROPAH

 

Don Pani Puri yang merupakan food truck yang menjual pani puri pertama di Malaysia sedang menganjurkan peraduan sempena Pesta Deepavali Brickfields 2022 di tapak meletak kereta terbuka di sebelah Nu Sentral. Peraduan ini telah diumumkan di majlis sidang media pada 14 Oktober 2022.


Pani puri merupakan sejenis makanan ringan tradisional India. Pani puri Don diperbuat daripada kelongsong puri  (roti pipih goreng yang rapuh), diisikan dengan air pudina dan ketumbar, chutney asam jawa dengan dua jenis buah-buahan, rempah chaat dan satu ramuan rahsia yang dihidangkan bersama kentang lenyek, bawang dan muruku. Ia telah disesuaikan untuk cita rasa warga Malaysia Don Pani Puri. Selain daripada perisa tradisional, Don Pani Puri juga menawarkan dua jenis tart Pani Puri iaitu perisa cokelat hazelnut dan juga Biscoff.


Sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, Don Pani Puri telah mencipta KOTAK PESTA DEEPAVALI yang mengandungi  40 biji bola pani puri, ramuan inti 3 perisa untuk 20 biji pani puri asli, 10 biji coklat hazelnut dan 10 biji Biscoff Setiap kotak parti didatangi dengan baucar tunai bernilai RM 1,960 yang boleh digunakan untuk menebus pakej percutian dengan percutian QVC, pembelian di Don Pani Puri dan Don Kacang Putih. Kuantiti kotak pesta ini adalah terhad kepada1,000 kotak sahaja dan dijual pada harga RM 99.99 sekotak (pra-tempah) dan RM 130 sekotak (harga biasa). 


Bagi memeriahkan lagi sambutan hari Deepavali ini, Don Pani Puri bakal membawakan TIGA peraduan pani puri yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.


1. Peraduan media sosial POST & WIN 

Menawarkan hadiah pertama - Percutian 14 hari ke Eropah termasuk lawatan ke 7 negara untuk dua orang bernilai RM 42,000. Hadiah kedua pula merupakan percutian 5H4M ke Bali untuk dua orang bernilai RM 7,000 dan hadiah ketiga merupakan percutian 5H4M ke Sabah untuk dua orang bernilai RM 4,000.

2. Pertandingan Memakan Pani Puri

Pertandingan ini akan diadakan setiap hari pada jam 8 malam - 9 malam yang mana peserta yang memakan paling banyak pani puri dalam masa 30 saat akan dikira sebagai pemenang.

Semua pemenang harian layak ke pusingan akhir dan bakal bersaing sesama mereka untuk menentukan juara pertandingan ini. Pusingan akhir peraduan ini akal dilangsungkan pada hari terakhir Pesta Deepavali Brickfields pada 23 Oktober 2022. Hadiah tiga pemenang utama adalah seperti berikut:
  • Hadiah pertama - Percutian 14 hari ke Eropah termasuk lawatan ke 7 negara untuk satu orang bernilai RM 21,000. 
  • Hadiah kedua pula merupakan percutian 5H4M ke Bali untuk dua orang bernilai RM 7,000. 
  • Hadiah ketiga merupakan percutian 5H4M ke Sabah untuk dua orang bernilai RM 4,000.


3. Pelanggan yang Membeli Pani Puri ke-Satu Juta 

Peraduan ini dianjurkan selaras dengan cubaan Don Pani Puri untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record untuk menjual jumlah pani puri yang terbanyak. Pelanggan yang membeli pani puri ke-satu juta akan memandu pulang sebuah kereta  Proton X50 serba baharu.


Jom singgah ke Food Truck Don Pani Puri untuk merasai keenakan snek pani puri dan pada masa yang sama meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan. Food Truck Don Pani Puri kini berada di Pesta Deepavali Brickfields 2022 mulai 14 sehingga 23 Oktober, bertempat di tapak meletak kereta terbuka di sebelah Nu Sentral.

Untuk maklumat lanjut, sila layari


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO