KENANGAN COFFEE MELEBARKAN SAYAP KE MALAYSIA DENGAN KEDAI SULUNG DI SURIA KLCC

Kopi Kenangan, rangkaian kedai kopi terkemuka dari di Indonesia secara rasmi telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan kedai sulungnya di Suria KLCC. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh pengasas bersama Kopi Kenangan iaitu Edward Tirtanata, Ketua Pegawai Eksekutif dan James Prananto, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan.

Pengasas Kopi Kenangan - Edward Tirtanata (CEO) & James Prananto, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan 

Edward Tirtanata, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama berkata, “Kami memilih Malaysia kerena kami tahu warga Malaysia cintakan makanan dan budaya kopi yang semakin mendapat tempat di hati mereka, terutamanya konsep grab-and-go, dan banyak persamaan yang dikongsi oleh rakyat kedua-dua negara."

"Matlamat utama Kopi Kenangan adalah untuk menawarkan kopi berkualiti mampu milik dan boleh diakses oleh semua  dan kami sangat teruja untuk berkongsi rasa kopi Indonesia kami dengan rakyat Malaysia,” tambah beliau.

James Prananto, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan berkata, “Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah jenama Kopi Kenangan, sebagai nama antarabangsa rasmi yang akan digunakan di luar Indonesia. kami ingin menekankan perkataan 'Kenangan' kerana ia sesuai diterjemahkan kepada 'membuat kenangan'. Setiap orang yang datang ke kedai kami dilayan seperti rakan, dan setiap cawan kopi yang kami jual dibuat dengan penuh kasih sayang dan kami berharap ini dapat memberi kesan kepada pelanggan yang membuat kenangan bersama kami sepanjang perjalanan ini. kami bercita-cita untuk menjadi jenama pengguna yang paling disukai di Asia Tenggara, dan Malaysia akan menjadi tapak utama dalam membantu kami mencapai misi ini.”

Kenangan Coffee akan membuka empat buah kedai lagi di MyTown Cheras, Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid PJ menjelang akhir tahun ini.

Ia juga telah melancarkan Akademi Latihannya di Uptown, PJ untuk menyediakan pelbagai program latihan untuk barista dan pekerjanya, dengan matlamat untuk menjadi pusat latihan F&B profesional terbaik di Malaysia. 

Selaras dengan komitmennya untuk menyajikan kopi berkualiti baik kepada pengguna, jenama itu juga mengupah Mikael Jasin, yang merupakan Barista Terbaik Ke-7 Dunia (2021) sebagai Ketua Kopinya, memanfaatkan pengalaman luar biasa dan pengetahuan luasnya untuk merevolusikan cara Kenangan Coffee diperolehi, dihasilkan, dan dinikmati.

Minuman khas Kopi Kenangan, Kenangan Latte

Minuman istimewa Kopi Kenangan, Kopi Avocado


Kenangan Coffee akan memperkenalkan minuman istimewa kegemaran ramai, Kenangan Latte dan Kopi Avocado, serta pelbagai pilihan kopi lain. 

Harga secawan bermula dari RM5.90. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kenangancoffee.my


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM