NESTLÉ EVERYDAY MENJANA KHASIAT 10,000 KELUARGA PPR DENGAN PEK ‘BEKALAN NUTRISI’

Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini boleh menikmati pemakanan lebih sihat menerusi kempen #HariHariEveryday anjuran Nestlé EVERYDAY. 

Menerusi kempen tersebut, Nestlé EVERYDAY telah mendorong rakyat Malaysia untuk menjana khasiat 10,000 keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh Semenanjung Malaysia menerusi sumbangan pek ‘Bekalan Nutrisi’.

Kempen yang berlangsung selama dua bulan tersebut diterajui oleh Nestlé EVERYDAY dengan matlamat membantu menangani masalah kekurangan mikronutrien dalam kalangan rakyat Malaysia yang merupakan beban kesihatan yang signifikan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak. Turut dikenali sebagai ‘kelaparan tersembunyi’, kekurangan mikronutrien dihadapi oleh satu daripada tiga keluarga di Malaysia yang tidak mendapatkan mikronutrien seperti kalsium, zat besi dan vitamin C pada kadar yang mencukupi dalam diet harian mereka.

Dengan setiap pek ‘Bekalan Nutrisi’ mengandungi Susu Tepung Nestlé EVERYDAY, serta produk lain seperti Bijirin Seisi Keluarga NESTUM 250g, Bijirin KOKO KRUNCH 80g, KOKO KRUNCH DHA 60g dan Mi Kari 2-Minit MAGGI, kempen ini membantu untuk menyokong keperluan pemakanan para penduduk PPR. Dirumuskan khas untuk keluarga Malaysia, susu Nestlé EVERYDAY membekalkan 12 vitamin dan mineral dan diperkaya dengan kandungan kalsium dan zat besi yang tinggi, dan juga vitamin C* 100%, lantas membantu merapatkan jurang mikronutrien.

Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Sebagai sebahagian daripada kempen #HariHariEveryday, Nestlé EVERYDAY telah turun padang untuk mendidik komuniti PPR tentang kekurangan mikronutrien dan berkongsi dengan mereka kebaikan Nestlé EVERYDAY. Sukacita kami berkongsi bahawa kempen ini telah menerima sambutan yang amat positif dan kami berharap usaha ini akan membantu dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat.”

“Antara masalah utama bagi golongan yang mengalami ‘kelaparan tersembunyi’ ialah mereka tidak sedar mereka mengalami kekurangan nutrien dan ini menimbulkan risiko jangka panjang terhadap kesihatan mereka. Justeru, mendidik masyarakat tentang isu kesihatan ini merupakan langkah penting dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat di samping membekalkan khasiat menerusi pek ‘Bekalan Nutrisi’.”

Demi terus menggalakkan pemakanan yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, Nestlé EVERYDAY telah menganjurkan peraduan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM100,000 bagi 95 rakyat Malaysia yang bertuah. Ini termasuk hadiah utama Perodua Ativa, dan juga empat motosikal Yamaha Eco Gear 125l serta pin tambah nilai Touch ‘n Go setiap minggu.

*Dua hidangan Nestlé EVERYDAY memenuhi 100% keperluan harian Vitamin C seseorang; berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, 4-9 tahun (2017).


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM