ANLENE KEMBALI BERSAMA BINTANG HOLLYWOOD KELAHIRAN MALAYSIA, MICHELLE YEOH UNTUK KEMPEN #PERGERAKANTANPABATASAN
Ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene, Michelle Yeoh, kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad. Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif. Kempen ini juga menumpukan tentang sumbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.
Lemah, sakit, kurang bergerak, dan tertekan, adalah persepsi umum terhadap orang yang lebih berusia. Kitaran stereotaip yang melulu ini menjadi lebih teruk disebabkan oleh pemikiran orang tua yang tidak mampu mencapai sebarang matlamat hidup disebabkan oleh idea-idea penuaan yang telah tersemai sebelumnya. Stereotaip ini turut menyebabkan mereka menjadi lebih lemah dan kurang produktif.
Untuk melawan stereotaip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan. Kempen ini bertujuan untuk mengajar kita tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.
Usia Bukan Penghalang bagi Michelle Yeoh
Kemuncak kempen ini ialah bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh. Kerjaya cemerlangnya tidak menunjukkan tanda-tanda penamat, kerana baru-baru ini Yeoh menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis. Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang. Pada usia 60 tahun, Yeoh terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa kita sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.
“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya. Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat. Sehubungan itu, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene,” kata Yeoh.
Jom Jaga Tulang, Otot dan Sendi Kita
Dari sudut pemakanan, salah satu faktor utama untuk kekal aktif dan mudah bergerak adalah dengan pengambilan diet seimbang serta nutrien seperti kalsium, protein, kolagen, dan mineral. Mobiliti dalam kalangan rakyat Malaysia berisiko kerana keputusan imbasan tulang daripada aktiviti Anlene Mobility Check sebelum ini mendapati bahawa 7 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mungkin berisiko dengan masalah tulang yang lemah. Oleh itu, setiap individu wajib mengambil nutrien penting dengan secukupnya dan kerap melakukan senaman untuk mengekalkan kesihatan tulang yang optimum.
“Apabila usia anda meningkat, tulang anda akan mula kehilangan kalsium secara beransur-ansur. Bagi orang dewasa yang lebih tua, meningkatkan pengambilan kalsium adalah penting kerana penyerapan kalsium oleh usus akan berkurangan apabila seseorang itu semakin berusia. Selain itu, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk membantu mengekalkan jisim dan kekuatan otot yang menjamin kualiti hidup. Jumlah kolagen dalam badan anda berkurangan dengan peningkatan usia. Kolagen didapati dalam tubuh kita termasuk kulit dan sendi,” kata Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Nutrisi Fonterra Brands Malaysia.
Anlene Gold 5X™ dirumus secara saintfik dengan kalsium dan protein yang tinggi, kolagen, 13 vitamin dan mineral, tanpa gula tambahan, untuk menyokong gaya hidup aktif serta keperluan pemakanan harian kita. Ia juga mengandungi MFGM Active™. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil dua gelas susu ditambah dengan MFGM dan nutrien penting setiap hari serta kerap bersenam akan mengalami dua kali peningkatan dalam fleksibilti, tiga kali peningkatan dalam keseimbangan dan juga peningkatan jisim otot sebanyak 40% berbanding dengan kawalan kumpulan.
“Di Anlene, kami ingin membolehkan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan tulang, sendi serta otot mereka untuk memastikan bahawa mereka boleh terus bergerak dengan aktif dalam kehidupan.. Sebagai jenama susu dewasa nombor satu di seluruh Asia Tenggara, kami percaya bahawa pemakanan yang baik dan gaya hidup aktif merupakan asas untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang, sendi serta otot untuk penuaan yang produktif. Produk Anlene dan kempen #PergerakanTanpaBatasan ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk melangkah keluar dan bergerak dengan fleksibiliti yang lebih baik dalam usaha meningkatkan kesejahteraan secara menyeluruh. Ini juga membantu merapatkan jurang antara diri kita yang lebih muda, cergas dan kuat suatu ketika dahulu dengan diri kita hari ini,” kata Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Anlene akan mengaktifkan roadshow di seluruh negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih banyak bergerak sambil menjaga kesihatan tulang mereka. Pengaktifan pertama akan diadakan dari 25 - 27 November di Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak. Pameran ini juga akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani ujian kekuatan tulang dan otot secara PERCUMA bernilai RM150, dan untuk memastikan agar kita terus meningkatkan ukuran mobiliti secara menyeluruh. Ketahui roadshow akan datang berhampiran anda di sini: https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html
Jadi bersiap sedialah untuk bergerak dengan fleksibiliti, bergerak dengan baik untuk tahun-tahun akan datang dan kekal aktif bersama Anlene. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Anlene, layari www.anlene.com/my. Sebagai alternatif, lihat halaman Facebook Anlene, @AnleneMalaysia dan kekalkan perkembangan terkini dengan #PergerakanTanpaBatasan.
Comments
Post a Comment