JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE PUSAT PAMERAN DAN KONVENSYEN ANTARABANGSA MINES


Jualan buku Big Bad Wolf yag dinanti-nantikan kini kembali ke Pusat Pameran 
dan Konvensyen Antarabangsa Mines mulai 20 Disember 2022 sehingga 2 Januari 2023. Setelah 'berehat' selama dua tahun, acara jualan buku fizikal ini bakal menawarkan lebih daripada 3.5 juta buku dan diskaun sehingga 95%!


Jualan akan dibuka selama 16 jam setiap hari dari jam10:00 pagi sehingga 2:00 pagi. Selain daripada diskau harga yang hebat, para pembeli juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah di mana lima pemenang akan dipilih setiap hari untuk peluang memenangi baucar RM50 dari 19 Disember 2022 sehingga 2 Januari 2023. Seorang pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama berupa troli penuh dengan buku pilihan mereka! 


Untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, anda perlu membelanjakan RM200 dalam satu resit dan layak untuk satu (1) tiket cabutan bertuah.

Satu lagi peraduan yang tidak harus dilepaskan ialah "Spend, Share & Win", yang menawarkan hadiah sebuah PC Permainan bernilai RM6,999 (Big Bad Wolf KL Edition) yang ditaja oleh PCU. 


Mereka yang berminat harus melakukan pembelian minimum RM250 dalam satu resit dan muat naikkan gambar buku-buku yang dibeli secara kreatif dengan
hashtag #BBWXPCUKL. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan kapsyen paling kreatif.


Big Bad Wolf Books turut bekerjasama dengan penerbit tempatan Malaysia untuk membawakan pelbagai buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada Kualiti Books, IMAN Shoppe, Prestasi, Pelangi, PTS, Pustaka Azhar, Sasbadi dan banyak lagi. 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR Big Bad Wolf Books, program Red Readerhood (RRH) bekerjasama dengan dua NGO, projek The Book Effect oleh Friends to Mankind Malaysia dan Project AIME bagi menyumbangkan buku kepada golongan yang memerlukan.


“Program RRH ialah salah satu cara kami untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bekerjasama dengan organisasi tempatan dan menderma buku kepada mereka yang memerlukan. Usaha ini selaras dengan  misi utama syarikat kami - ‘Changing The World, One Book At A Time’ . Bagi menyemarakkan lagi minat membaca dan menyokong komuniti tempatan, Big Bad Wolf Books telah berikrar untuk menderma 500 buku kepada Friends to Mankind Malaysia dan 500 lagi kepada Project AIME,” ulas Jacqueline Ng, Pengasas Bersama Buku Big Bad Wolf. 


“Kami juga suka menggalakkan pelanggan kami dan pengunjung ke Jualan Buku Big Bad Wolf untuk menderma buku dengan membeli buku untuk didermakan fi sudut Red Readerhood,” tambahnya.

Kepada mereka yang tidak dapat mengunjungi sendiri ke Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2022, anda mempunyai pilihan untuk membeli-belah secara dalam talian, 24 jam tanpa meninggalkan keselesaan rumah anda. Anda hanya perlu layari http://my.bbwbooks.com/ untuk mendapatkan buku-buku kegemaran anda.


Untuk maklumat lanjut tentang Buku Big Bad Wolf, sila lawati:
Corporate Website: https://bigbadwolfbooks.com/.
Hashtag: #BigBadWolfBooks #WolfHowlsAgain

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO