DUREX LANCAR PERMAINAN A-Z OF PLEASURE UNTUK HANGATKAN SUASANA BILIK TIDUR ANDA


Tinjauan yang dijalankan oleh Durex baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan pasangan tidak bersikap secara terbuka tentang keperluan seksual masing-masing. Berdasarkan penemuan ini, satu daripada tiga warga Malaysia yang aktif secara seksual mengaku bahawa seks biasanya tidak memberikan kenikmatan, manakala satu pertiga juga berkongsi bahawa mereka pernah memalsukan reaksi mereka semasa menjalini hubungan kelamin.

Kira -kira 50% daripada orang dewasa dalam tinjauan ini, tidak percaya bahawa kebanyakan orang boleh menikmati orgasma semasa mengadakan hubungan seks. Tinjauan ini juga mendedahkan bahawa 44% daripada responden mengaku berasa tertekan untuk melalukan hubungan seks, manakala 25% tidak memaklumkan kepada pasangan mereka apabila mereka merasa tidak selesa.

Hakikatnya, setiap orang merasai kenikmatan secara berbeza, 42% daripada golongan dewasa Malaysia yang aktif secara seksual merasa tidak selesa untuk bercakap dengan pasangan mereka tentang keperluan seksual mereka, dan ini menjelaskan mengapa pasangan dewasa ini, tidak dapat merasakan kenikmatan dan kepuasan yang sama daripada hubungan seksual dengan pasangan mereka.

Keupayaan untuk bercakap dengan pasangan secara terbuka, tentang keselesaan, perkara yang disukai atau tidak disukai telah terbukti dapat mengeratkan hubungan, meningkatkan keinginan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhannya. Membincangkan seks dengan pasangan anda juga boleh membantu menyelesaikan isu-isu rumit seperti kekerapan anda melakukan hubungan seks atau bagaimana tekanan dari luar hubungan anda mungkin boleh menjejaskan kehidupan seks anda.

Malangnya, perbualan mengenai seks dalam budaya kita masih tidak dapat kita lakukan dengan cara terbuka dan ini menggalakkan pasangan membandingkan kehidupan seks dunia sebenar berbanding dengan apa yang dilihat daripada sumber media dan sebagainya, menyebabkan mereka meragui kemahiran seksual mereka sendiri.

Semuanya bakal berubah apabila Durex, jenama kondom nombor satu di dunia, melancarkan A-Z of Pleasure, permainan untuk dua orang yang menggalakkan kemesraan melalui perbualan yang jujur, sambil menghangatkan suasana, sebelum memasuki bilik tidur. Sebagai sebahagian daripada kempen #ComeTogether yang lebih besar, Durex berusaha untuk mengajak orang dewasa berbincang tentang seks, kenikmatan dan keperluan individu secara terbuka dan tanpa rasa malu.

Ini adalah untuk menggalakkan pasangan berbincang tentang kenikmatan dan keperluan individu mereka, sambil menikmati keseronokkanbermain permainan, A-Z of Pleasure oleh Durex. Aktiviti ini mampumengundang pasangan menemui kenikmatan bersama, dengan hanya satu permainan kad yang menyeronokkan

Bukalah minda, kecapi kebahagiaan  bersama

Dicipta bersama dengan sembilan figura yang berpengaruh dari Malaysia dan Singapura, merangkumi pencipta kandungan positif seks yang terkenal seperti Arwind Kumar dan Daphne Iking, serta pakar seks Andrea Koh dan kaunselor seksualiti Chan Fun Shin, permainan ini mengandungi 26 keping kad 'Belajar' dan 'Bermain' dalam satu dek.

Melibatkan setiap huruf abjad, 'Belajar' menggalakkan pasangan untuk berkongsi aspek diri mereka yang biasanya disembunyikan, seperti sempadan, keinginan dan keanehan, manakala 'Main' membolehkan mereka menemui kenikmatan melalui mengusik satu sama lain menggunakan alatan bantuanseperti penutup mata, coklat dan ikatan.

Matlamat akhir? Untuk pasangan menikmati kebahagiaan bersama, dalam lebih daripada satu cara.

Figura yang berpengaruh ini, bersemangat dalam ingin membantu pasangan memulakan perbualan kenikmatan

Salah seorang pencipta bersama, Andrea, pakar seks di Vibrance (Bioinfinity (M) Sdn Bhd), berkata "Seks adalah satu topik yang disalah fahami. Pasangan malu untuk bercakap mengenainya dan enggan menerokai kenikmatan hubungan intim bersama. Bermain adalah satu cara yang hebat untuk memecahkan tembok ini, dan A-Z of Pleasure menggalakkan pasangan memulakan perjalanan inibersama-sama dan membincangkan kemesraan serta keinginan mereka secara terbuka melalui hilai tawa dan keseronokan. Dengan ini, setiap pasangan kini mempunyai cara yang berbeza dan kreatif bagi memperkayakan lagi hubungan intim mereka."

Perkataan “hadiah” tercetusnya dari selebriti Malaysia, Daphne Iking. Diaberkata, “Pasangan dari budaya Asia cenderung mengelak daripada bercakap tentang kenikmatan dan keintiman seks. Permainan ini adalah satu cara yang positif untuk menghapuskan sebarang kejanggalan antara pasangan dan membantu mereka membincangkan topik tersebut secara terbuka, kreatif serta selamat. Ia menggalakkan, jalan ke arah kemesraan yang lebih unggul tidak membosankan. Ianya bernas, menyeronokkan, dan bermakna!”

Apabila lebih banyak perkara yang dikongsi dan diketahui oleh pasanganmasing-masing, maka mereka akan lebih mampu memperkasakan kenikmatan seks dengan selamat.

Kondom dan permainan kad

Teringin untuk meneroka kenikmatan di dalam dan di luar bilik tidur? Dapatkan A-Z of Pleasure dengan memuat turun salinan digital di https://campaign.durex.com.my/cometogether. Dapatkan juga produk Durex yang sempurna bagi anda dari kondom nipis untuk lebih keintiman, bertekstur dan berperisa untuk keseronokan dan pengembaraan dan juga pelincir untuk memikat pengalaman seksual yang lebih lancar.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA