SELAMI DUNIA FILEM PENGARAH TERSOHOR TIM BURTON DI PAMERAN 'THE WORLD OF TIM BURTON'


Toybox Projects bakal mempersembahkan pameran jelajah dunia Tim Burton yang memukau buat pertama kalinya di Asia Tenggara, di Kuala Lumpur, Malaysia!

Eksklusif daripada arkib peribadi Tim Burton dan merangkumi hasil kreatif artis ini dari zaman kanak-kanak hingga ke hari ini, pameran ini bakal mempertontonkan lebih 500 lukisan, gambar, lakaran, karya imej bergerak dan seni arca yang dari filem Burton. Antara filem-filem Tim Burton yang ikonik adalah Beetlejuice (1988), Batman (1989), Edward Scissorhands (1990), The Nightmare Before Christmas (1993), Ed Wood (1994), Big Fish (2003), Corpse Bride (2005), dan Sweeney Todd (2007).


The World of Tim Burton
Tarikh : 21 Mac - 30 Julai 2023
Tempat : Pavilion Bukit Jalil

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.toyboxprojects.com/timburton

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING