KERIANGAN KRISMAS BERSAMA SANTA CLAUS DAN PEMBANTUNYA DI SURIA KLCC


Bersempena dengan musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan pembantunya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada para pengunjung.

Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. Santa Claus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani pembantunya yang akan bergerak secara beriringan.


Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti “Naughty or Nice” oleh Santa yang mana para pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan. Hadiah kejutan ini adalah terhad untuk 100 pembeli setiap hari.

Pembeli juga akan menikmati kemeriahan membeli belah bersempena sambutan Krismas di Suria KLCC. Satu sudut paparan kad ucapan juga akan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”. Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar bakal menanti si kecil.


Para pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu tidak ketinggalan dengan pemberian lolipop secara percuma untuk pengunjung kanak-kanak.

Pelbagai latar belakang perayaan juga tersedia untuk digunakan oleh para pengunjung merakam detik bermakna bersama. Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil akan di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”. Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ. Kios foto perayaan dan juga cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.


Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan para pengunjung. Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan yang akan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga akan di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta-worthy”.

Kemeriahan membeli-belah bersempena perayaan Krismas tidak lengkap dengan peluang untuk membawa pulang ganjaran. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit pembelian daripada mana-mana kedai terpilih bermula dari 25 November sehingga 18 Disember 2022 akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC) melalui Program Ganjaran Pembeli. Bagi mereka yang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600.


“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.

Tambah Brien, “Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.”


“Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan.”

Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria. Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA