PUSAT BELI-BELAH KEJIRANAN, MEGAH RISE MALL KINI DIBUKA DI TAMAN MEGAH

Pusat beli-belah Megah Rise secara rasmi membuka pintunya kepada komuniti Taman Megah berikutan penyiapan pembangunan bersepadu Megah Rise pada Julai 2022 yang termasuk kondominium premium 39 tingkat - Megah Rise Residensi. Pusat beli-belah baharu ini adalah sebuah tempat bagi komuniti Taman Megah berkumpul untuk makan, membeli-belah dan bersukan sambil mengeratkan hubungan di antara satu sama lain.


Majlis pemotongan reben Megah Rise yang diadakan pada 18 Disember 2022 telah dirasmikan oleh pengarah PPB Group Berhad dan PPB Hartabina Sdn Bhd, diikuti dengan persembahan tarian singa

Dirancang dan dibangunkan oleh PPB Properties, bahagian hartanah PPB Group Berhad, pusat beli-belah baharu ini mempunyai ruang yang boleh disewa berkeluasan lebih kurang 142,000 kaki persegi bersih yang bakal menawarkan sentuhan landskap moden dan kontemporari bagi melengkapkan kawasan kejiranan ini yang telah lama bertapak di Taman Megah.

Di mana Lama dan Baharu Berkembang Seiringan

Seni bina bangunan ini menampilkan sentuhan nostalgia dengan gandingan lama dan baharu, yang mana binaan bata merah klasik digabungkan dengan keluli besi hitam di bahagian luar bangunan. Ini memberikan penampilan berkonsepkan industri tetapi retro kepada pusat beli-belah tersebut. Binaan siling tinggi, panel kaca besar dan bukaan bumbung berkaca membolehkan ruang dalaman diterangi cahaya matahari semula jadi untuk mewujudkan suasana yang ceria dan mesra.

“Pembangunan ini merupakan satu tanda aras yang penting bagi kami di PPB Properties sebagai sebuah projek pembangunan bersepadu pertama kami di Petaling Jaya. Pembukaan pusat beli-belah ini juga merupakan satu detik istimewa kami sempena meraikan ulang tahun ke-40 kami pada tahun ini. Kami merasa gembira dapat meraikan sebuah lagi detik bersejarah dalam legasi kejayaan kami yang berpanjangan,” kata Low Eng Hooi, Ketua Pegawai Eksekutif PPB Properties, semasa majlis perasmian yang diadakan baru-baru ini.

Low merasmikan pembukaan pusat beli-belah itu dengan upacara memotong reben bersama pengarah urusan PPB Group Berhad, Lim Soon Huat. Ini diikuti dengan persembahan tarian singa yang membawa simbol tuah dan kemakmuran kepada pusat membeli-belah ini.

Low menambah bahawa Megah Rise dirancang untuk menjadi bukan sekadar pusat beli-belah kejiranan, tetapi PPB Properties juga berhasrat untuk menghasilkan ruang pewujudan tempat (placemaking) yang akan menjadi hab komuniti baharu bagi penduduk Taman Megah.

“Pembangunan ini juga akan memberikan manfaat kepada masyarakat dengan memajukan dan melengkapkan perniagaan dan kemudahan awam yang sedia ada di kawasan kejiranan tersebut,” katanya.

PPB Properties juga berusaha untuk memudahkan komuniti Taman Megah bagi mendapatkan perkhidmatan atau barangan yang tidak terdapat di kawasan tersebut sebelum ini dengan menampilkan kedai-kedai unik, semuanya di bawah satu bumbung.


Pengalaman Beli-belah yang Unik Bagi Semua

Pusat membeli-belah ini mempunyai empat tingkat ruang beli-belah dan juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki #MegahWalk sepanjang kira-kira 115 meter yang dilhamkan daripada corak batik berwarna-warni. Laluan pejalan kaki ini adalah mesra haiwan peliharaan dan menampilkan ruang makan terbuka di sepanjang laluan. Laluan pejalan kaki ini juga boleh dijadikan tapak untuk aktiviti buskers, pasar artisanal, acara, pameran dan ruang perhimpunan komuniti pada hujung minggu dan hari cuti awam.

Megah Rise juga akan menjadi salah satu pusat beli-belah pertama di Selangor yang menempatkan sebuah dewan sukan serba guna berhawa dingin sepenuhnya yang berkeluasan kira-kira 13,584 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan enam gelanggang badminton yang dikendalikan oleh Michael’s Badminton Academy. Dewan serbaguna ini juga boleh diubah suai menjadi pelbagai gelanggang untuk aktiviti-aktiviti sukan yang lain.

Menepati slogan 'The Community Placemaker', Megah Rise direka cipta dan dibina dengan mengutamakan komuniti di sekitarnya. Memandangkan warga Malaysia suka menikmati makanan, Megah Rise menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dengan kira-kira 40% daripada ruang yang boleh disewa dikhaskan untuk kedai makanan dan minuman, termasuk pelbagai kedai wain dan restoran. Pusat beli-belah ini juga menempatkan kedai runcit premium dan tawaran runcit lain untuk liburan, pendidikan, kecergasan dan kesihatan.

Para penghuni pasti akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan kerana PPB Properties sentiasa berusaha untuk membawa lebih banyak jenama dan perusahaan sosial tempatan yang digemari ramai untuk menyokong masyarakat setempat dengan usaha dan aktiviti yang lebih mampan dan mesra alam.

Setakat hari ini, hampir 90% daripada ruang boleh disewa di pusat membeli-belah tersebut telah dipenuhi dan kira-kira 70% daripada penyewa akan dibuka untuk perniagaan menjelang suku pertama 2023. Antara penyewa utama yang dibuka bersempena dengan pembukaan rasmi pusat beli-belah itu adalah Megah Rise Badminton Club oleh Michael’s Badminton Academy, Village Grocer di aras bawah tanah (dibuka pada 27 Disember), Mr DIY, Nest 13 – restoran dan bar di atas bumbung terbesar di Petaling Jaya, Kheng Wah Char Chan Teng - restoran yang menawarkan hidangan kopitiam berinspirasikan Hong Kong, Naj&Belle, Cincin dan Staple Dough.

Dipenuhi aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun

Selain daripada kedai-kedai dan pelbagai jenis makanan, pusat beli-belah ini juga menawarkan pelbagai aktiviti di sepanjang tahun untuk para pengunjung daripada semua peringkat umur. Di bulan Disember ini, terokailah bazar Krismas dan bazar hujung minggu yang diadakan pada setiap dua minggu sekali dari jam 4 petang hingga 11 malam di sepanjang #MegahWalk. Pelbagai peraduan, hadiah, permainan dan bengkel juga telah disediakan. Para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 di dalam peraduan Spend and Win (Berbelanja dan Menang) yang dianjurkan sempena pembukaan pusat beli-belah tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang Megah Rise, sila layari www.megahrisemall.com.my atau laman Facebook, Instagram dan TikTok iaitu @MegahRiseMall.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA