HERBORIST LANCAR SIRI PRODUK PENJAGAAN KULIT ANTI-PENUAAN PREMIUM - T'AI CHI DAN IMPERIAL WU-XING


Herborist telah melancarkan siri produk penjagaan kulit premium - Siri Imperial Wu-Xing dan Siri T'ai Ch ke pasaran Malaysia. Dirumus menggunakan ramuan mewah dan teknologi canggih, kedua-dua siri ini menjanjikan kesan yang efektif dan mengagumkan kepada kulit wajah. 

Herborist dikenali dan disukai ramai kerana ia diperbuat menggunakan ramuan berasaskan herba Cina dan bebas alkohol. Diilhamkan daripada budaya, alam semula jadi dan amalan keseimbangan Cina, para penyelidik telah menggabungkan herba-herba menggunakan teknologi terkini bagi menangani masalah kulit dengan segera.

Pengurus Negara Kumpulan XingYun, Encik Kinston memberi ucapan pembukaan di majlis pelancaran produk Herborist

“Di Herborist, kami telah menyedari permintaan yang semakin meningkat untuk produk anti-penuaan di kalangan pengguna di Malaysia. Dengan peningkatan usia, kulit kita akan menjadi kurang anjal dan kering, serta kedutan, garis-garis halus dan bintik-bintik penuaan mula muncul pada kulit. Dengan adanya produk penjagaan kulit anti-penuaan, proses penuaan kulit dapat dilambatkan dengan berkesan. Oleh itu, kami memperkenalkan dua siri yang paling sesuai untuk membantu keperluan ini. Kami percaya pengguna kami akan dapat mengekalkan keadaan kulit yang optimum dengan produk kami,” kata Alex Pan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Shanghai Jahwa.

Siri Tai Chi

Siri Tai Chi direka khas untuk mereka yang sering berjaga hingga lewat malam tanpa tidur yang mencukupi. Ekstrak akar Paeonia Suffruticosa dan Lindera Strychnifolia yang pekat diadunkan di dalam siri produk ini dengan Teknologi ‘Biological Clock’ eksklusif untuk meningkatkan perlindungan kulit dalam semua aspek dan efektif untuk memulihkan kulit dari kerosakan.

Siri ini terdiri daripada:
  • Revitalizing Repair Cream
  • Revitalizing Repair Eye Cream
  • Revitalizing Repair Toner
  • Revitalizing Repair Essence
Siri Imperial Wu-Xing

Imperial Wu-Xing Extra Control Concentrate Line

Diilhamkan oleh Taixuan Codex, Herborist menggabungkan ekstrak herba berharga dalam rangkaian Imperial Wu-Xing ini, termasuk Pearls, Panax Ginseng, Solomon's Seal, Osmanthus Flower dan Amber, untuk memberikan kawalan tambahan kepada dinamik semulajadi penuaan kulit. 

Lima bahan ini mewakili logam, kayu, air, api dan tanah, masing-masing, dalam Taixuan Codex untuk mengekalkan kulit yang cerah, melindungi kulit daripada radikal bebas dan kehilangan keanjalan, menghidrat lapisan kulit dengan lebih mendalam, mempercepatkan metabolisme kulit dan menyokong penyerapan pelembab kulit.

Pakar penjagaan kulit menggunakan Teknologi M3 Pro pada siri ini untuk keberkesanan yang tinggi dan hasil yang tahan lama. Dengan teknologi ini, bahan-bahan akan disalut dalam pelbagai lapisan untuk pelepasan berperingkat  ‘sustained release’ yang dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memperbaiki penampilan kulit yang sudah tua dan menjadikan pengguna kelihatan lebih muda. 

Selain itu, siri ini juga mengandungi Ekstrak Yis dengan antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan pertahanan semula jadi kulit. Rangkaian produk ini sesuai untuk wanita berumur 25 tahun ke atas yang ingin mengekalkan kulit kelihatan muda.

Siri Imperial Wu-Xing ini terdiri daripada:
  • Imperial Wu-Xing Facial Cleanser
  • Imperial Wu-Xing Toner
  • Imperial Wu-Xing Essence
  • Imperial Wu-Xing Eye Essence
  • Imperial Wu-Xing Eye Cream
  • Imperial Wu-Xing Emulsion
  • Imperial Wu-Xing Day Cream
  • Imperial Wu-Xing Night Cream
Siri T'ai Chi dan Siri Imperial Wu Xing boleh didapati dari harga RM 1,600 dan RM 3,920 dan seterusnya. Mereka yang berminat untuk membeli siri T'ai Chi dan Imperial Wu-Xing boleh singgah di mana-mana cawangan Herborist di Parkson Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, One Utama dan Sunway Velocity. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herborist dan pelbagai produk penjagaan kulit mereka, lawati laman web rasmi mereka di https://www.herborist-global.com/en/.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU