THE MASKED SINGER MALAYSIA KEMBALI UNTUK MUSIM KETIGA DENGAN BUSANA LEBIH HEBAT


Seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng?, ‘The Masked Singer Malaysia’ kini kembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.


‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut. Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

The Masked Singer Malaysia” musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO