FOODPANDA BUKAN SAHAJA MEMBUAT PENGHANTARAN KE RUMAH ANDA, MALAH IA TURUT MENGHADIAHKAN RUMAH UNTUK ANDA
foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan terkemuka di negara ini, meningkatkan lagi pengalaman jenamanya dengan falsafah jenama baru – Hidup Gaya Panda, kempen jangka panjang yang menggalakkan pengguna hidup dengan tenang dan santai seperti panda sejati dan biar foodpanda melakukan semua kerja untuk anda!
“Tema Hidup Gaya Panda benar-benar mencerminkan segalanya tentang foodpanda dan apa yang kami mahu sampaikan kepada pengguna kami. Kami sedia melakukan semua tugas berat bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang selesa tanpa tekanan. Kami berusaha untuk memudahkan hidup pelanggan kami di mana mereka boleh mendapatkan makanan kegemaran dan barangan runcit yang segar dihantar terus ke rumah mereka tanpa perlu bersusah payah,” ujar Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong.
Kempen Hidup Gaya Panda akan menyaksikan beberapa siri inisiatif yang dipimpin oleh Pau-Pau, maskot kesukaan ramai, yang benar-benar mencerminkan gaya hidup tenang dan santai sambil foodpanda terus menghantar kegembiraan. Bagi
memulakan inisiatif itu, foodpanda baru-baru ini telah menawarkan ganjaran hebat Pau-tastic menerusi kempen 11.11 Collect Pandas, Get Rumah Contest. Kempen yang dipacu oleh sistem pengumpulan mata ini membolehkan pengguna Menang Gaya Panda dengan mengumpul mata setiap kali mereka menggunakan aplikasi foodpanda untuk penghantaran makanan, pengambilan dan membeli-belah di shops/pandamart. foodpanda turut memberikan ganjaran istimewa kepada pelanggan pandapro yang setia di mana mereka akan menerima mata berganda secara automatik bagi setiap pesanan yang dibuat.
Pelanggan foodpanda yang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah utama, sebuah kondominium 3-bilik tidur di KAIA Heights bernilai lebih RM570,000 yang ditaja oleh UEM Sunrise, salah sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang turut dikenali di peringkat antarabangsa. Pertandingan itu turut menawarkan pelbagai hadiah lain termasuk:
● 10x Huawei Mate 50 Pro + Watch GT2 + Freebuds Pro 2 bernilai RM7,000
● 10x iPhone 14 Pro Max (128 GB) bernilai RM5,799
● Baucar foodpanda bernilai RM1,000
Tambah Bernard, “Kami tidak mungkin dapat menjayakan pertandingan ini tanpa penaja hebat kami, terutamanya UEM Sunrise kerana menaja sebuah kediaman cantik untuk kami berikan kepada seorang pemenang pada bertuah hari ini. Kami yakin bahawa rumah adalah syurga bagi pemiliknya dan dengan hartanah baharu ini, kami berharap untuk menyampaikan kegembiraan kepada sebuah lagi rumah dengan sedaya upaya kami.”
Para pemenang telah hadir ke majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini bertempat di GSC Play+, 3 Damansara, di mana para hadirin acara tersebut berpeluang untuk Hidup Gaya Panda sambil menikmati filem yang baru ditayangkan iaitu Avatar: The Way of Water. Penganjur memilih untuk mengadakan majlis di pawagam itu bagi membolehkan para hadirin menikmati pengalaman menonton wayang sambil berehat dan menenangkan fikiran mereka.
Sebuah kawasan permainan turut disediakan bagi membolehkan anak-anak para pemenang bermain dan bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti lukisan muka dan beberapa stesen seni dan kraf tangan.
Pemenang Collect Pandas, Get Rumah Contest dipilih dari kalangan 30 pelanggan yang telah disenarai pendek setelah mereka berjaya mengutip mata tertinggi di sepanjang tempoh pertandingan itu menerusi pesanan penghantaran foodpanda mereka. Selepas memasuki senarai pendek, pemenang bagi setiap hadiah dipilih melalui cabutan bertuah dan kuiz pendek yang diadakan semasa majlis penyampaian hadiah tersebut.
Comments
Post a Comment