NU SKIN AGELOC LUMISPA IO BAHARU MENYERLAHKAN KECANTIKAN SECARA DWI-TINDAKAN
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Nu Skin, peneraju global dalam produk premium bagi kecantikan dan kesejahteraan baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagi peranti baharu, ageLOC® LumiSpa® iO, yang menampilkan ciri dwi-tindakan yang menjimatkan masa dan juga wang ringgit untuk penjagaan kulit wajah yang lebih efektif.
Dengan bahagian kepala yang diperbuat daripada silikon lembut, ageLOC® LumiSpa® iO bergerak mengikut frekuensi yang bertepatan untuk meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit dan menyerlahkan kulit baharu yang lebih lembut dan licin.
Bahagian kepala yang diperbuat daripada silikon lembut
Peranti ini boleh dihubungkan kepada telefon pintar anda melalui aplikasi mudah alih Nu Skin Vera®. Ini membolehkan anda menjadikan regimen penjagaan kulit anda lebih efektif dan efisien dengan memilih rawatan kulit wajah mengikut jenis kulit yang bersesuaian dan juga memberi tumpuan kepada bahagian utama yang memerlukan penjagaan lebih rapi termasuk di wajah, leher dan bahagian selangka (décolleté).
Lampu penunjuk di bahagian belakang kepala
Pemegang ergonomik dengan kemasan "non-slip"
Pengecas USB magnetik
Pengecas magnetik membolehkan ia dilekatkan dan ditanggalkan dengan mudah
Sebelum menggunakan peranti ageLOC® LumiSpa® iO, ia perlu dicaskan. Dengan adanya pengecas bermagnet, ia mudah dilekatkan kepada peranti dan juga mudah ditanggalkan selepas mengecas.
Apabila dicaskan sepenuhnya, hayat bateri ageLOC® LumiSpa® iO boleh bertahan selama seminggu untuk penggunaan biasa.
Butang "Power" dengan lampu penunjuk di bahagian hadapan pemegang ageLOC® LumiSpa® iO
Cara penggunaannya adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Semuanya selesai dalam 5 langkah sahaja.
Langkah 1
Basahkan muka dengan air dan lumurkan ageLOC® LumiSpa® treatment cleanser di bahagian muka, elakkan bahagian mata dan bibir.
Langkah 2
Basahkan bahagian kepala ageLOC® LumiSpa® iO di bawah aliran air paip. Tekan butang "power" untuk memulakan rawatan. Dengan perlahan gerakkan bahagian kepala di permukaan kulit muka.
Peranti akan berhenti seketika di antara 4 zon, yang mana lampu penunjuk di belakang akan memaparkan turutan rawatan mengikut gerak jam dan akan memberi isyarat untuk beralih ke zon berikutnya.
Jika anda dengan terlalu kuat ke atas kulit muka, peranti akan berhenti dan bergetar. Ini adalah satu langkah keselamatan untuk mencegah kecederaan kepada kulit muka anda. Sambung rawatan dengan pergerakan yang lembut.
Langkah 3
Peranti akan berhenti dan padam secara automatik apabila tamat rawatan.
Langkah 4
Bilas muka dengan air dan lapkan kering.
Langkah 5
Tanggalkan bahagian kepala dan bilaskan dengan air serta tanggalkan sisa bahan pembersih. Keringkan dengan sepenuhnya.
ageLOC® LumiSpa® iO dilengkapi dengan teknologi terkini, Micropulse Oscillation. Bersama bahagian kepala silikon yang lembut yang berpusar dalam arah yang bertentangan, ia dapat menanggalkan kotoran, solekan dan minyak daripada permukaan kulit muka dan menjadikannya lebih lembut dan licin.
Kepala silikon ini tersedia dalam tiga tahap kelembutan. Gentle disyorkan untuk kulit sensitif atau berjerawat, manakala kepala rawatan Normal adalah untuk kebanyakan jenis kulit dan kepala rawatan Firm adalah untuk mereka yang mempunyai isu kulit berminyak.
Bagi mendapatkan manfaat peranti ini sepenuhnya, anda boleh memilih pembersih, ageLOC® LumiSpa® treatment cleanser yang bersesuaian dengan jenis kulit iaitu – Dry (Kering), Normal/Combo, Oily (Berminyak), Sensitive dan Blemish Prone (Mudah berjerawat), yang masing-masing dirumus dengan ramuan untuk menangani isu-isu kulit anda dengan efektif.
Berikan sentuhan
peribadi anda ke dalam regimen penjagaan kulit dengan pintar. Hubungkan peranti
ageLOC® LumiSpa® iO anda dengan aplikasi mudah alih Nu Skin Vera® untuk
mendapatkan manfaat penjagaan kecantikan secara menyeluruh seperti di bawah:
Intelligent Coaching/ Panduan
Pintar
Pengesan pintar di dalam
peranti akan memberi panduan kepada pengguna untuk menghasilkan pergerakan yang
optimum dan tekanan yang diperlukan semasa proses pembersihan.
Customized facial
regimen/ Regim yang boleh diubah suai mengikut individu
Anda boleh mencipta
rutin penjagaan kecantikan anda sendiri mengikut keperluan diri anda melalui
telefon bimbit anda.
Selfie Timeline/
Perubahan dengan berswafoto
Saksikan perubahan
mengikut masa – minggu demi minggu, bulan demi bulan, atau hari-hari yang mengikut
keperluan anda.
Skin Consultation/
Nasihat kulit
Anda boleh mendapatkan
nasihat dengan menjawab soalan tinjauan digital untuk mengetahui jenis kulit
dan penjagaannya dan juga memanfaatkan teknologi AI untuk mengenal pasti
masalah kulit.
Tutorials
Panduan langkah demi
langkah dalam regimen penjagaan kulit untuk membantu mencapai kulit berseri idaman
anda.
Untuk maklumat lanjut tentang ageLOC® LumiSpa® iO atau produk Nu Skin yang lain, layari laman web Nu Skin di www.nuskin.com.my, atau ikuti akaun Facebook dan Instagram Nu Skin Malaysia untuk maklumat terkini.
Japan National Tourism Organization (JNTO) dan All Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan terbesar di Jepun, telah melancarkan kempen “Beyond #MissingJapan” berikutan berita bahawa Jepun bercadang untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.
Penantian penuh debaran kini berakhir! Bersiap sedia untuk hiburan yang tak terhingga, penuh aksi dan bakat luar biasa apabila Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal menggegarkan skrin anda pada Ahad, 22 Disember, jam 9:00 malam di TV3. Pencarian bakat paling epik negara ini kembali dengan skala yang lebih besar, lebih hebat, dan lebih bertenaga yang menjanjikan perjalanan penuh kejutan, persaingan sengit, serta persembahan yang tidak akan dilupakan!
Health Summit Asia (HSA) akan kembali berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2027 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan tema “One Ecosystem. One Pulse. Shaping the Future of Health Economy”. Penganjuran ini bertepatan dengan perkembangan pasaran kesihatan Asia yang diunjurkan mencecah US$5 trilion (RM20 trilion) menjelang 2030, seiring dengan keperluan populasi yang semakin menua.
Citrawarna Speed Festival 2026 secara rasminya bermula pada hari ini, menampilkan kelainan dengan menggabungkan kekayaan seni budaya Malaysia bersama kemeriahan sukan permotoran. Berlangsung selama 12 hari bermula 23 September hingga 4 Oktober 2026, festival ini berpusat di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.
Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka PCCW, memperkenalkan siri seram original pertama mereka berjudul The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan). Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 22 September 2026, setiap Selasa dan Rabu. Bersempena sambutan Hari Malaysia, episod pertama telah pun ditayangkan secara eksklusif pada 18 September lalu.
Comments
Post a Comment