LKE MUSANG QUEEN & DKING JALIN KERJASAMA UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI DURIAN MALAYSIA

LKE Musang Queen, sebuah anak syarikat di bawah LKE Group Sdn. Bhd. membuka lembaran baharu dalam usahanya untuk membangunkan industri durian tempatan dengan menjalinkan kerjasama  bersama Duricious Sdn. Bhd (DKing).  

Dari kiri En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn. Bhd., En. Jeremy Chin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan untuk LKE Musang Queen dan En. Simon Chin dan En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn. Bhd.

Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh En. Jeremy Chin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan untuk LKE Musang Queen serta En. Simon Chin dan En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn. Bhd di sebuah majlis yang disaksikan oleh rakan kongsi LKE dan juga wakil media di Glass House, LKE Green Tech Farm, Manchis baru-baru ini.


LKE Musang Queen merupakan sebuah Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia. Rakan kongsi yang terlibat di dalam program ini mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pasaran, teknologi penanaman berisiko rendah dan pengeluaran hasil berkualiti tinggi yang menjadikannya sumber pendapatan yang lumayan untuk para individu yang terlibat dan sekaligus mempertingkatkan status ekonomi negara.

Menurut En Jeremy Chin, yang mewakili LKE Musang Queen, Durian tergolong dalam buah-buahan tropika unik yang semakin dikenali ramai dalam pasaran antarabangsa dari aspek penggunaan dan pertumbuhan ekonomi. 

"Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah kami merupakan salah satu opsyen sumber pendapatan lumayan untuk individu. Dengan gabungan kekuatan LKE Musang Queen dan DKing sebagai pembekal durian, kami percaya kami mampu memecahkan rantaian pengehadan pasaran durian yang dilabelkan kepada Malaysia," kata beliau.


Kerjasama ini merangkumi pembangunan jenama bagi kedua-dua belah pihak serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran, pengedaran dan bekalan untuk memenuhi kehendak pasaran. Mereka juga akan berkongsi maklumat, teknologi dan sumber dalam memperbaiki mutu dan penghasilan durian.


Bagi pihak DKing pula, En Leron Yee, beliau menyatakan bahawa pasaran bekalan durian adalah perniagaan strategik yang boleh diterokai bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara. 

"Di bawah kerjasama yang dimeterai dengan LKE Musang Queen, kami akan berkongsi ilmu untuk pengeluaran hasil yang berkualiti untuk tujuan mengeksport. Kerjasama ini juga bertujuan bagi membina kesedaran tentang kehadiran kedua-dua jenama dan memanfaatkan permintaan utama bagi durian di seluruh dunia," tambah beliau.

LKE Musang Queen dan DKing juga meletakkan matlamat besar mereka dalam membangunkan kawasan Manchis, yang terletak di Bentong, Pahang sebagai kawasan yang mampu menjadi tarikan dalam sektor agro-perniagaan, agro-pelancongan dan pembangunan sumber tanah .


Objektif utama LKE Musang Queen adalah untuk memastikan budaya dan warisan tempatan tetap terjaga dalam setiap usaha pembangunan yang dijalankan melalui program kerjasama yang telus, rendah risiko dan patuh syariah.

Dengan termeterai perjanjian kerjasama ini, LKE Musang Queen dan DKing mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu serta membangunkan nama Malaysia sebagai pembekal utama durian pada peringkat antarabangsa..


Sebarang maklumat lanjut berkaitan LKE Musang Queen, DKing dan kerjasama ini boleh didapati dengan melayari www.linktr.ee/lkegroup atau https://dking.com.my/our-story/

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI