KATE SPADE NEW YORK MENYAMBUT MUSIM CUTI HUJUNG TAHUN DENGAN KEDAI POP-UP ‘CANDY BAR’ DI SUNWAY PYRAMID


Sempena musim cuti Krismas dan Tahun Baharu, Kate Spade New York telah melancarkan beberapa persembahan yang mencerminkan jenama Kate Spade New York di gelanggang ais Sunway Pyramid, bersama dengan pembukaan kedai pop-up yang diilhamkan oleh ‘Candy Bar’. 


Kedai pop-up berkonsepkan ‘Candy Bar’ ini menonjolkan suasana keceriaan yang ekslusif dengan gabungan perhiasan yang berkilau serta perada, ditambah pula dengan corak lantai ‘checkered’ hitam-putih.


Berlansung dari 8 Disember hingga 26 Disember, kedai pop-up interaktif ini menjemput pengunjung untuk menyertai beberapa aktiviti di mana pengunjung akan menerima saguhati bungkusan gula-gula. Para pengunjung juga dapat melihat koleksi ‘Holiday 2022’ terbaru Kate Spade New York yang memaparkan busana beg yang berkonsepkan bungkusan gula-gula, aneka bagasi bercorakkan zebra, suasana percutian di safari dan sebagainya.

Para pengunjung boleh menyertai permainan dan peraduan di laman https://sugarrush.kspadeexperiencemy.com/. Untuk setiap tahap permainan yang berjaya dilalui oleh para peserta, mereka boleh menebus hadiah di kedai pop-up serta berpeluang untuk memenangi pengalaman membeli-belah di Kate Spade New York yang berjumlah RM3,000.00.

Tetamu terhormat yang memeriahkan pesta ini termasuk peragawati Athina Kamarudin, usahawan Jestinna Kuan, pelakon Anna Jobling, usahawan Christinna Kuan dan pencipta kandungan Elyn Leong.


Gelanggang ais yang diambil alih buat sementara oleh Kate Spade New York sepanjang 7 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

Kedai pop-up dibuka untuk para pengunjung sehingga 26 Disember 2022 di Sunway Pyramid Mall, Lower Ground 2 dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Pada Sabtu 10, 17 dan 24 Disember 2022, pengunjung Sunway Pyramid Mall dapat menikmati persembahan luncur ais istimewa pada pukul 2.30 petang, dibawakan khas dari Kate Spade New York.

Ikuti perbualan di media sosial @KateSpadeNY, #katespadeny


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!