JENAMA PENJAGAAN KULIT NO. 1 SEPANYOL SKEYNDOR LANCARKAN V-SHAPE LIFTING HOME CARE


Unique Aesthetics Sdn Bhd, pengedar tunggal bagi jenama penjagaan kulit no.1 Sepanyol SKEYNDOR di Malaysia telah memperkenalkan jenama tersebut secara eksklusif kepada media dan tetamu jemputan pada hari ini. SKEYNDOR yang mempunyai sejarah menjangkau 56 tahun di lebih daripada 55 negara dan dinobatkan sebagai antara 15 jenama kosmetik profesional utama di dunia.

Biarpun persaingan dalam segmen penjagaan kulit Malaysia agak sengit dan pasarannya berpecah, industri ini mempunyai potensi yang besar. Industri kecantikan dijangka berkembang 4% secara tahunan, dengan segmen penjagaan kulit bernilai RM3,698.5 juta pada 2019 dan dijangka mencecah RM5,928.1 juta menjelang 2027, dengan pertumbuhan terkompaun tahunan sebanyak 8.1% dari 2021 hingga 2027, menurut kajian Allied Market Research, sebuah syarikat perunding penyelidikan pasaran & data pengguna antarabangsa.


Patrick Sha, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Unique Aesthetics berkata syarikatnya benar-benar teruja untuk menjadi wakil pengedar bagi jenama perintis penjagaan kecantikan seperti SKEYNDOR yang mengamalkan ideologi “Kosmetik Saintifik” dalam penyelidikan dan inovasi produk penjagaan kulit, menggunakan bahan ramuan yang menyokong kelestarian alam sekitar, serta sesuai untuk kulit Asia. Turut hadir bersama beliau di majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Eksekutif, Bryan Hew.

“Berasaskan penyelidikan pasaran kami, salah satu daripada masalah kecantikan utama yang dihadapi di Malaysia ialah penuaan dan kulit yang menggeleber, terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Memandangkan gaya hidup yang sentiasa sibuk, amalan pemakanan kurang baik, dan mengabaikan penjagaan kulit, usia mereka yang dibelenggu masalah ini semakin muda. Berbeza daripada tanggapan umum, usaha mencegah penuaan bermula dari rumah dan bukannya di klinik doktor. Pada hakikatnya, amalan menjaga kecantikan dan kesihatan seharusnya dijadikan rutin harian untuk memastikan keberkesanan,” ujar Patrick.

Berasaskan prinsip ini, Unique Aesthetics telah melancarkan Global Lift V-Shape Lifting Home Care – rawatan malam dan siang untuk memberikan kesan penegangan kulit yang boleh dilakukan di rumah selama 15 hari berturut-turut. Set rawatan di rumah ini bertujuan mengurangkan geleberan di bahagian leher dan dagu berlapis, dengan mudah dan berkesan, dalam keselesaan rumah sendiri. Rangkaian baharu ini boleh membantu menangani masalah kulit yang dihadapi dengan meningkatkan ketegangan dan keanjalan sambil mengurangkan kedutan leher.

Tabiat menggunakan peranti mudah alih terlalu lama didapati boleh menyebabkan kulit di bahagian leher menggeleber. “Kajian mendapati bahawa rawatan ini mengurangkan kedutan sebanyak 18%. Tambahan lagi, 3 jam selepas rawatan, kulit kelihatan 24% lebih tegang dan bermaya,” ujar Patrick.


Ramuan istimewa produk ini memanfaatkan kelebihan teknologi antipenuaan “ProGEN-in”. Kit rawatan di rumah ini terdiri daripada tiga produk - V-Shape Anti-Gravity Serum, V-Shape Anti-Gravity Cream dan V-Shape Contouring Mask - bergandingan untuk menawarkan pelbagai manfaat termasuk kesan menegangkan dan mengentalkan kulit serta merta, menyerlahkan bentuk bujur muka, mengurangkan ketebalan dagu berlapis, dan juga mengurangkan kedutan di bahagian yang dirawat. Sempena pelancaran eksklusif produk, alat penggelek V-Shape Lifting Roller turut disertakan untuk menghasilkan kesan paling baik bagi rawatan kulit wajah anda.

Di majlis pelancaran tersebut, Cik Margaret Beales, pakar kecantikan antarabangsa dari Sepanyol dengan pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam bidang kecantikan dan penjagaan kulit, berkongsi petua dan maklumat tentang budaya kecantikan Asia dan trend kesihatan kulit.

“Sel-sel kita akan mula mengalami penuaan seawal umur 30 tahun. Amalan penjagaan kulit lebih awal akan membantu memanjangkan dan mengekalkan kesihatan kulit kita. Kulit yang menggeleber juga disebabkan oleh kekurangan penjagaan dan rawatan kecantikan dan perubatan untuk merangsang sintesis kolagen. Sekiranya kehilangan kolagen adalah lebih besar daripada rangsangan untuk menghasilkan kolagen baharu, kulit kita kehilangan keremajaan dan ketegangan, menyebabkannya nampak ‘longgar’ dan menggeleber.


“Untuk mencapai hasil terbaik dengan Global Lift V-Shape Lifting Home Care daripada SKEYNDOR, sapukan Serum dan Krim dua kali sehari, setiap pagi dan malam. Untuk melengkapi rawatan, gunakan V-Shape Mask sekali seminggu, selepas menggunakan Serum dan sebelum menggunakan Krim. Masker hendaklah diletakkan pada dagu untuk pendedahan selama 20 hingga 25 minit,” nasihat Margaret.

Di majlis tersebut, petugas media, tetamu, pemilik salun dan pempengaruh kecantikan yang hadir telah mengikuti pembentangan tentang kaedah penjagaan kulit termasuk teknik melakukan yoga muka, menyertai permainan menarik, menikmati sajian lazat dan juga menerima set produk eksklusif SKEYNDOR.


Produk SKEYNDOR boleh dibeli di dalam talian di https://skeyndor.com.my atau di salun-salun kecantikan yang menjadi wakil penjual sah.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA