KL WELLNESS CITY FITNESS FIESTA MENAWARKAN AKTIVITI PERCUMA DAN MENYERONOKKAN UNTUK SEMUA, MENAJA KAKITANGAN KE IRONMAN AUSTRALIA BARAT
KL Wellness City Sdn Bhd, pemaju berwawasan hab kesihatan bersepadu 360 darjah pertama di Asia Tenggara, meneruskan usahanya untuk memperkasakan masyarakat ke arah gaya hidup lebih sihat dengan melancarkan Fitness Fiesta yang pertama, yang akan diadakan pada bulan Disember 2022.
Fiesta Kecergasan selama dua hari ini direka untuk memenuhi keperluan para peserta dari semua peringkat umur dan jantina, menampilkan pelbagai pilihan aktiviti kesihatan fizikal lagi terapeutik dan bengkel yang disesuaikan untuk memperkasakan pengguna yang mengejar kualiti hidup yang lebih baik. Aktiviti seperti Yoga dan Cabaran Kecergasan, ditambah dengan pelbagai hidangan gastronomi yang disediakan oleh vendor makanan tempatan telah disusun dengan teliti untuk mempromosikan kesedaran kesihatan dan perjalanan kecergasan yang lebih baik.
Berlangsung di KL Wellness City Gallery di Bukit Jalil, Fitness Fiesta melengkapkan misi KL Wellness City untuk memupuk gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan. Dato’ Dr. Colin Lee, Pengarah Urusan KL Wellness City, percaya bahawa Fitness Fiesta akan meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan warga tempatan tentang keperluan untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan lebih mampan.
Beliau berkata, “Berikutan kejayaan Kuala Lumpur Wellness Festival selama 10 hari baru-baru ini, maklum balas yang kami terima daripada peserta amat menggalakkan malah ramai yang menawarkan pelbagai idea. Mengetahui bahawa rakyat Malaysia kini lebih menitikberatkan kesihatan dan kesejahteraan sejak pandemik merupakan satu perkembangan yang menggalakkan. Kami juga mendapati terdapat peningkatan dalam permintaan untuk acara kecergasan, dan kami berharap Fitness Fiesta yang akan datang akan memotivasikan kumpulan dan organisasi yang berfikiran sama untuk terus menganjurkan aktiviti sedemikian untuk Malaysia yang lebih sihat."
Selain kesihatan, Fitness Fiesta juga akan bertindak sebagai pemacu pertumbuhan untuk pelancongan sukan dan ekonomi tempatan di Bukit Jalil. “Prioriti utama kami, sebagai pemaju perbandaran, adalah untuk memperkasakan masyarakat setempat dan meningkatkan profil kawasan itu. Usaha ini akan menjadikan Bukit Jalil sebagai mercu tanda kehidupan kesejahteraan. Fitness Fiesta bukan sahaja acara kecergasan dan kesihatan, tetapi ia juga merupakan platform di mana komuniti dan perniagaan tempatan boleh berkumpul dan menemui peluang baharu. Kami menggalakkan penyertaan mereka dalam Fitness Fiesta dan acara komuniti masa hadapan kami,” tambah Dato’ Dr. Colin Lee.
Fiesta Kecergasan Kuala Lumpur ditaja terutamanya oleh Technogym, bersama-sama dengan Wellness ATP, VL Therapy Wondrous Kombucha, Glow Studio dan D Nest’sence Birdnest; disokong oleh Fiturism, CN Danz dan Euphoria. Perkongsian strategik telah diwujudkan dengan Technogym, jenama terkemuka dunia dalam peralatan kecergasan yang inovatif dan teknologi digital yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman kesihatan yang mewah untuk semua, selaras dengan matlamat KL Wellness City.
Berlangsung selama dua hari berturut-turut, KL Wellness City menyasarkan Fitness Fiesta untuk menarik lebih daripada 300 orang peserta. Berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2022, Fitness Fiesta terbuka dan percuma kepada orang ramai dari semua peringkat umur dan jantina untuk menyertai siri bengkel dan cabaran. Peserta Yoga Challenge dan KL Wellness City Fitness Challenge boleh mendaftar di http://bit.ly/FitnessFiestaCompetition.
Selain itu, KL Wellness City turut mengumumkan penajaan pasukan Triatlon Ironman KLWC untuk menyertai GWM IRONMAN Australia Barat. Selaras dengan nilai-nilai daya tahan, ketabahan, kerja berpasukan dan kepentingan kesejahteraan bagi kakitangannya, penajaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan KL Wellness City ke arah memperkasakan masyarakat dalam mengamalkan pelbagai senaman sihat, untuk kakitangannya dan masyarakat secara amnya. Dato’ Sri Dr Vincent Tiew, Pengarah Eksekutif Penjenamaan, Jualan & Pemasaran KL Wellness City dan Dr Victor Chen, Wakil Korporat KL Wellness City, akan menjadi wakil pasukan Triatlon Ironman KLWC. Mereka akan mengambil bahagian dalam GWM IRONMAN Australia Barat, cabaran triatlon yang akan mendorong mereka untuk melengkapkan renang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan larian sejauh 42.2km.
Bersama KL Wellness City, Vanilla Mille Crepe Kitchen Sdn Bhd ialah penaja lain pasukan Triatlon Ironman KLWC. Penajaan tersebut mempamerkan komitmen dan keyakinan Vanilla Mille Crepe Kitchen untuk kehidupan yang baik dan sihat. Semangat Triathlon juga merangkumi semangat syarikat untuk mengembangkan operasi perniagaannya di seluruh negara. Nelson Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Vanilla Mille Crepe Kitchen Sdn Bhd berkata bahawa “Vanilla Mille Crepe Kitchen berbangga untuk mengambil bahagian dalam usaha pasukan KLWC untuk menakluki IRONMAN Western Australia. Kami menghargai semangat mereka yang tidak henti-henti dan berdaya saing kerana ia menunjukkan contoh gaya hidup sihat dan cara hidup yang hebat.”
Comments
Post a Comment