EGG NETWORK BAWAKAN KEJOHANAN MLBB WANITA MY/SG, GLADIATRIX CUP



Panggilan untuk semua pemain MLBB wanita yang ingin menjadi pemain professional! eGG Network menganjurkan kejohanan wanita pertamanya, "Gladiatrix Cup", yang bertujuan untuk memperkasakan pemain MLBB wanita di rantau Asia Tenggara.

Gladiatrix Cup disokong oleh Moonton dan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 20,000 MYR. Selain itu, dua pasukan teratas Malaysia dan pasukan teratas Gladiatrix Cup Singapura akan mendapat tempat untuk bersaing dalam Jemputan Wanita (MWI) MLBB 2023.

Kejohanan dalam talian ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan Singapura untuk mengambil bahagian, tidak kira mereka amatur atau separa profesional. Pendaftaran adalah percuma sepenuhnya dan dibuka dari 30 November hingga 6 Disember 2022.

Peringkat Kumpulan bermula dari 8 hingga 11 Disember, manakala Playoff berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2022. Perlawanan Playoff akan disiarkan secara LIVE di Facebook, TikTok, eGG Network CH800 di Astro dan Sooka.

Daftar sekarang dan nantikan halaman media sosial eGG Network untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai Gladiatrix Cup.

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

HUAWEI MATEPAD AIR BAWA PENGALAMAN AI SEAKAN PC DENGAN HARGA RM3,999

NOIR TEMPA NAMA DI PASARAN GLOBAL: MADAMMU TERAJUI AGENDA EKSPORT MENERUSI PENAJAAN WIEX @ MIHAS 2026