HERBALIFE NUTRITION GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MULAKAN TAHUN BAHARU DENGAN LEBIH SIHAT


Memandangkan tahun 2023 bakal berkunjung tiba, rakyat Malaysia sudah mula membuat azam tahun baharu masing-masing. Bagi kebanyakan orang, azam yang dibuat termasuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, syarikat pemakanan global terulung, Herbalife Nutrition, ingin berkongsi beberapa petua untuk membantu rakyat Malaysia memupuk cara hidup lebih sihat pada tahun mendatang.

Susan Bowerman, Pengarah Kanan, Pendidikan Pemakanan dan Latihan Sedunia, Herbalife Nutrition, yang berkongsi petua tentang pemakanan sihat, berkata, “Inilah masanya untuk meningkatkan kecergasan badan dengan menilai semula sasaran diet dan kesihatan anda, dan juga membuang tabiat kurang baik atau amalan pemakanan yang kurang sihat. Sayuran hijau gelap yang kaya dengan serat, mineral dan vitamin memang sesuai dimakan baik untuk makan tengah hari mahupun malam. Makanan seperti bayam, kubis daun dan sawi Jepun boleh meningkatkan pengambilan zat besi, kalsium, kalium, magnesium dan folat, dan juga vitamin K untuk meningkatkan kesihatan tulang dan vitamin C untuk menguatkan daya tahan – semuanya dengan hanya sedikit kalori.”



Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife Nutrition

Sesungguhnya langkah menguruskan pengambilan kalori adalah amat penting lebih-lebih lagi hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendedahkan bahawa daripada 50.1% dewasa Malaysia, 30.4% mempunyai berat badan berlebihan manakala 19.7% didapati gemuk (obes). Untuk membantu menangani masalah ini, Bowerman memberi nasihat berikut, “Satu cara mudah untuk menambah baik amalan pemakanan anda ialah mengurangkan jumlah atau saiz sajian. Kurangkan makanan di dalam pinggan, simpan makanan lebihan atau bawa pulangan makanan lebihan apabila makan di luar. Untuk meningkatkan pengambilan nutrien, anda perlu merancang sajian setiap minggu. Pastikan anda ada beberapa resipi mudah untuk disediakan bagi mengurangkan keperluan membeli makanan dari luar atau makanan segera sebagai penyelesaian mudah.”

Tambahan lagi, anda disyorkan untuk minum lapan gelas air sehari untuk mengekalkan penghidratan, terutamanya dalam cuaca panas di Malaysia, Bowerman menekankan jumlah air yang mencukupi berbeza-beza mengikut umur dan tahap aktiviti seseorang. Bagi mereka yang inginkan alternatif sihat sebagai pengganti air, jus aloe vera mungkin pilihan yang sesuai.


“Selain daripada menjadi makanan tambahan yang memberikan manfaat untuk penghadaman, jus aloe vera – campuran gel aloe vera dengan air – boleh memenuhi keperluan penghidratan anda. Antioksidan dalam aloe juga mungkin membantu sistem pertahanan antioksidan badan kita. Walaupun keperluan air kita boleh diperolehi daripada air biasa, ramai orang mahu mencuba minuman lain sebagai pilihan lebih menarik. Sebab itulah minuman bergas dan berkalori tinggi sering dilihat pada rak gedung runcit dan serbaneka. Jus aloe vera boleh menjadi pilihan yang baik tetapi pastikan anda menyemak label pemakanan untuk sebarang gula tambahan atau ramuan berkalori tinggi,” ujar Bowerman.

Berikut adalah beberapa cara bagi rakyat Malaysia untuk menambah aloe vera ke dalam diet mereka:
  • Campurkan jus aloe vera dengan air berbuih (sparkling water) sebagai alternatif yang menyegarkan berbanding minuman bergas.
  • Campurkan jus aloe vera dengan teh panas atau sejuk.
  • Tambah jus aloe vera ke dalam minuman smoothie atau protein shake (minuman kocak berprotein) kegemaran anda.
Untuk kulit lebih sihat, gel aloe vera, baik dalam bentuk gel sapu mahupun sebagai ramuan bagi produk penjagaan kulit, berguna untuk menghidratkan dan menyejukkan kulit, memastikan kulit lembut dan anjal.

Aloe vera adalah sejenis ramuan lembut yang boleh mengurangkan dan mencegah selaran kulit, melembapkan kulit dan juga menghidratkan rambut anda. “Cari produk yang mempunyai formula tanpa kesan pengeringan dan mengandungi ramuan melembutkan dan melembapkan seperti aloe vera. Produk seperti ini akan membuat kulit rambut anda rasa lebih segar dan rambut anda kelihatan berseri,” tambah Bowerman.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO