PAMERAN INTERAKTIF 'VAN GOGH ALIVE' BERIKAN NAFAS BAHARU KEPADA KARYA AGUNG TOKOH SENI LUKIS VAN GOGH

Dengan gandingan teknologi terkini dan karya agung Van Gogh, orang ramai berpeluang untuk menghayati pameran interaktif bertaraf dunia, ‘Van Gogh Alive’ sebuah pameran kesenian yang memaparkan Vincent Van Gogh, tokoh seni lukis yang terkenal. 

Dari kiri: Ms. Kung Suan Ai (Director of Marketing, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd); Mr. James Chua (Global Marketing Director Of Framemotion Studio Sdn. Bhd & Co-Host Of Van Gogh Alive); Mr. Jeand Puah (Chief Executive Officer, FrameMotion Studio Sdn. Bhd); YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Deputy Minister Of Tourism, Arts & Culture (MOTAC); Mr Ken Choo Chee Heong (Chief Marketing Officer Of Meta Doers World Berhad & Host Of Van Gogh Alive); Mr Elliot Chan (Director Of KK Live Art & Content Culture Department & Co-Producer Of Van Gogh Alive Malaysia)

Pameran ciptaan dan terbitan Grande Experience, terbitan bersama KKLive dan Gravitytai Co., Ltd. ini bakal mengubah persepsi individu tentang kunjungan ke muzium dengan pengalaman interaktif dan imersif serba moden dan cara gaya berinteraksi dengan seni. Pameran ini mempamerkan hasil seni dramatik dan berwarna-warni gaya ‘post-impressionist’ secara unjuran dari lantai ke siling menceritakan kisah silam tokoh tersebut.


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), YB Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, “Ianya membanggakan saya apabila dapat melihat syarikat-syarikat Malaysia berkembang dan mempersembahkan inovasi mereka kepada dunia. Keistimewaan ini menjadi kunci kepada penjanaan permintaan dunia terhadap acara seperti ini dan meningkatkan kemasukan pelancong. Dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada penganjur dan penerbit ‘Van Gogh Alive’ dan ‘The Greatest Artist’ kerana berani menganjurkan pameran secara imersif ini dan menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk belajar dan berkembang. Saya percaya Malaysia mempunyai potensi yang hebat dalam meneraju acara-acara bertaraf antarabangsa dan saya menjangkakan lebih banyak lagi acara sebegini pada tahun 2023.”


Tambahan pula, penganjur pameran ini, Meta Doers World Holdings Berhad (MDW) & FrameMotion Studio Sdn. Bhd turut memanfaatkan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (A.I.) dibina khas untuk para pengunjung di Malaysia. Sementara para pengunjung dipersembahkan dengan warna-warni karya Van Gogh secara unik, penambahan baru ini membolehkan mereka mendalami sejarah tokoh tersebut dan mengalami pengalaman sejarah kesenian secara imersif melalui aktiviti-aktiviti interaktif.


Ketua Pegawai Pemasaran MDW, En. Ken Choo Chee Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif Frame Motion Studio, En. Jeand Pua berkongsi, “Para pengunjung bakal mengalami pengalaman dan penghayatan yang luar biasa buat pertama kalinya di Malaysia - ‘Van Gogh Alive’. Kami turut menggandingkannya dengan pameran tambahan bagi melonjakkan acara ini dengan membolehkan para pengunjung mengalami pengalaman interaktif dan imersif yang tiada tandingan.”


‘Van Gogh Alive’ telah dipamerkan di lebih 80 buah bandar serata dunia, dan merupakan sebuah pameran yang diminati di seluruh dunia. Dengan Pavilion Bukit Jalil sebagai Rakan Tapak Acara, pameran ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa, tapi turut berfungsi sebagai pemangkin pembangunan dan perkembangan sektor pelancongan di Kuala Lumpur, seterusnya menyumbang kepada sektor pelancongan negara.


Para pengunjung dapat menjangkakan acara yang menggemparkan dengan teknologi yang canggih disediakan oleh jenama kereta dan motosikal premium, BMW, sebagai penaja. Bukan itu sahaja, bagi memastikan para pengunjung mendapat pengalaman yang berkualiti tinggi, inovasi untuk pengudaraan dalaman berkualiti dengan nanoeTM X, Panasonic Malaysia mempamerkan solusi tercanggihnya supaya ‘Van Gogh Alive’ mendapat pengudaraan yang berkualiti tinggi. Tambahan pula, sebagai peneraju pasaran Teknologi Unjuran, buat pertama kalinya di Malaysia, Panasonic menggabungkan teknologi pemetaan unjuran dan pembebasan kabus bagi mencipta pengalaman interaktif dan imersif kepada para pengunjung.


Pengalaman sekali seumur hidup karya seni Van Gogh ini boleh dikunjungi oleh orang ramai bermula dari 17 Disember 2022 hingga 16 Mac 2023. Tiket boleh dibeli melalui pautan www.vangogh.com.my dengan harga RM75 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak dan warga emas, sehingga 16 Mac 2023 ini.

‘Van Gogh Alive’ merupakan hasil ciptaan dan terbitan Grande Experiences, terbitan bersama KKLive dan Gravitytai Co., Ltd.; dianjurkan oleh Meta Doers World Holding Berhad, FrameMotion Sdn. Bhd., bersama dengan rakan dan penaja seperti:

Dipersembahkan oleh BMW Malaysia
Penaja Platinum - Datasonic Group Berhad
Rakan Teknologi - Panasonic Malaysia
Rakan Perlindungan Heba t- Neutrovis Malaysia
Platform KOL & Pempengaruh Rasmi - Modello
Rakan Radio Rasmi - 8FM, FlyFM, BuletinFM
Jutaan terima kasih kepada Samoi; Exsim; CO2 Coffee Bar dan Selendra

Para penggemar kereta turut berpeluang untuk melihat model terbaru dari BMW yang bakal dipamerkan di 'Van Gogh Alive' bermula Januari 2023. Sila layari www.bmw.com.my untuk mengetahui model yang bakal dipamerkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vangogh.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!