ALAMILAH KESELESAAN TANPA WAYAR DENGAN KOLEKSI MUSIM PERAYAAN TRIUMPH


Sama ada dijadikan hadiah ataupun pilihan pakaian dalam sendiri untuk dipadankan dengan persalinan sambutan Hari Natal, koleksi musim perayaan kami telah direka bentuk mengikut keselesaan dan keunikan gaya anda tersendiri.

Keselesaan tanpa wayar menjadi sorotan koleksi musim perayaan ini dengan reka bentuk boleh nafas dan nipis dengan sentuhan feminin,

Natural Elegance Sleek

Anggun dan feminin, Natural Elegance Sleek merupakan bra tanpa wayar renda penuh dengan garis leher V yang dalam. Ia tampil licin di bawah pakaian dan mempunyai ‘sling’ dalaman. Turut tersedia dalam reka bentuk berwayar, kedua-dua reka bentuknya sesuai digandingkan dengan seluar dalam potongan hipster yang sepadan. Terdapat dalam rona Hitam, Nude dan Merah (Rosso Masai).

Aqua Ying Yang 

Tidak hairan mengapa Iconic Aqua merupakan salah satu produk terlaris Triumph. Bra ‘push-up’ Aqua Ying Yang dilengkapi sayap sisi ‘mesh’ yang licin serta ‘sling’ dalaman untuk memberikan kesan ‘push up’ maksimum. Ia mempunyai garis leher yang dalam serta ‘padding’ boleh nafas untuk sokongan kukuh serta penampilan yang selesa dan memikat. Dengan reka bentuk tanpa wayar dan berwayar dalam rona Hitam, Soft Mauve dan Dove Gray, ia juga sesuai digandingkan dengan seluar dalam hipster atau mini yang sepadan.

Shape Up

Bra Shape Up tanpa wayar dengan ‘padding’ beserta seluar dalam tinggi pinggang yang sepadan menghasilkan penampilan yang licin dan kemas, ideal dipakai di bawah persalinan Hari Natal anda. Dengan kemasan tidak berkelim dan ‘padding’ yang boleh ditanggalkan, anda bebas menggayakannya mengikut kesesuaian potongan sendiri, atau padankannya dengan seluar dalam ‘shaping’ termasuklah seluar pendek pinggang tinggi, seluar pendek pinggang tengah, seluar dalam pinggang tinggi dengan kawalan tahap sederhana serta kemasan atau hipster yang tidak kelihatan. Terdapat dalam rona Hitam, Nude dan Ebony Wood. Corsage turut dimuatkan dalam koleksi Shape Up ini.

Natural Elegance Sleek

Koleksi musim perayaan Triumph tersedia dengan harga dari RM89.90 dan ke atas. Lihat rangkaian penuh di my.triumph.com atau kunjungi butik Triumph berhampiran anda untuk mencubanya hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

‘HAL HEBAT’ - PADUAN HEBAT DUA NEGARA OLEH ERNIE ZAKRI BERSAMA GOVINDA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?