TOMOK X SITI NORDIANA PERTAMA KALI BERGABUNG UNTUK KONSERT MEMORI MUNGKIN BERULANG
Konsert Memori Mungkin Berulang menampilkan Tomok dan SiƟ Nordiana berkongsi pentas menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air. Konsert ini berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Tomok yang juga penganjur konsert di bawah syarikatnya POPSICLE RECORDS amat berbesar haƟ kerana ini kali pertama bergabung dengan SiƟ Nordiana untuk mengimbau memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.
“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi untuk demi penyokong dan peminat.
“Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperƟ Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.
“Harga Ɵket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan Ɵdak merugikan wang anda.
Sementara itu, SiƟ Nordiana bersetuju untuk menjadi rakan konsert Tomok selepas menerima pelawaan daripada Tomok yang berhajat untuk menganjurkan konsert bersama dengan dirinya. Ia satu peluang Ɵdak wajar disia-siakan kerana ini antara hadiah terbaik buat peminatnya yang terus menyokong karier kami dari sejak awal 2000 hingga sekarang.
“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.
“Saya juga Ɵdak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z. Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda.
Tiket Konsert Memori Mungkin Berulang akan mula dijual 28 Oktober 2024 dengan harga permulaan RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000. Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian iaitu di Ticket2u.
Comments
Post a Comment