JANGAN PANDANG BELAKANG 2: BAKAL CETUS SEMULA FENOMENA FILEM SERAM DI PAWAGAM MALAYSIA


Malam gala filem seram terbaru MIG, "Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu", telah berlangsung dengan meriah baru-baru ini. Acara ini menandakan kembalinya MIG ke industri perfileman selepas 7 tahun.

CEO MIG, David Teo, menjelaskan bahawa keputusan untuk kembali ke industri ini bukanlah mudah. Beliau mengambil masa untuk memastikan setiap projek yang dihasilkan mempunyai kualiti terbaik. "Jangan Pandang Belakang 2" dipilih sebagai langkah awal untuk menandakan kembalinya MIG, dan hasilnya sangat memberangsangkan.

CEO MIG, David Teo

Filem ini telah mencatat rekod baharu dengan tayangan serentak di 14 negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Philippine, Myanmar, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turkey dan Australia. 

Di bawah arahan Pierre Andre, yang pernah mendapat jolokan "King of Horror", filem ini menawarkan pengalaman seram yang segar dan mendebarkan.

Pierre Andre

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Pierre Andre and dibintangi oleh pelakon handalan seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi.

Khatijah Tan sebagai Mak Lang

Filem Jangan Pandang Belakang 2 merupakan kesinambungan dari kisah seram yang telah memukau penonton dalam filem pertama. Kali ini, ia membawa penonton kembali ke dunia misteri saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi. Namun, ada sesuatu lain yang menghalang dan membawa kepada pelbagai kejadian menyeramkan.


Dengan plot yang lebih mendebarkan dan visual yang lebih menyeramkan, filem ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang gemar akan genre seram, Jangan Pandang Belakang 2 adalah filem yang wajib ditonton! 


Selain "Jangan Pandang Belakang 2", MIG juga telah siap dengan dua filem lain, iaitu "Dajal: Satu Malam di peDajal" dan "Citra Apartment", yang dijangka akan menemui penonton pada awal tahun 2025.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?