HARVEY NORMAN LANCAR CAWANGAN UTAMA DI MID VALLEY MEGAMALL, PERKUKUH STRATEGI PERNIAGAAN DAN PENGEMBANGAN DI SELURUH MALAYSIA


Harvey Norman, pembekal produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia pilhan rakyat Malaysia, mencatatkan pencapaian signifikan menerusi pembukaan cawangan utamanya di Mid Valley Megamall. Cawangan istimewa ini dirasmikan oleh Patricia Lee, Pengarah Pelaburan Kanan Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia. Pengembangan terbaharu oleh Harvey Norman Malaysia ini menggabungkan inovasi dengan kemudahan pelanggan, sekaligus memberikan nafas baharu dalam penjualan kelengkapan rumah dan gaya hidup di Malaysia.

Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura dan Malaysia, Bernice Kwok berkata, “Harvey Norman dan cawangan utama ini merupakan bukti komitmen kami terhadap inovasi, kualiti, serta kepuasan pelanggan. Direka sebagai pusat pengalaman, cawangan ini menyambut kehadiran keluarga dan individu dengan rangkaian produk seperti kelengkapan rumah dan dapur, komputer dan peralatan komunikasi, perabot, serta tilam—semuanya di bawah satu bumbung. Lebih daripada sekadar ruang jualan, cawangan ini juga menawarkan peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman menggunakan produk penyelesaian berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) yang memudahkan tugasan dan meningkatkan gaya hidup mereka melalui kelengkapan pintar serta teknologi terkini. Berlokasi strategik di Mid Valley Megamall yang ramai pengunjung, cawangan utama baharu Harvey Norman ini menawarkan destinasi yang mudah untuk pelanggan meneroka dan mencuba penyelesaian rumah yang praktikal menerusi pelbagai pilihan produk. Kami menggalakkan pelanggan untuk membawa keluarga dan rakan-rakan ke sini pada minggu ini untuk meraih pelbagai tawaran serta memanfaatkan diskaun hebat. Kami juga teruja untuk menyaksikan cawangan utama baharu ini menjadi penganjur bagi acara-acara lazim seperti pelancaran produk, demonstrasi memasak, dan bengkel untuk mendekati serta berinteraksi dengan pelanggan kami.”

(Dari kiri ke kanan: Cik Yvonne Chin, Penolong Pengurus Besar Bahagian Perkakas Kecil & Penjagaan Diri, En. Ian Bushy Martin, Pengurus Besar Bahagian Barangan Elektrik, En. Eddy Ng, Ketua Pengurus Besar, En. Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi, Harvey Norman Malaysia, Cik Patricia Lee, Pengarah Senior Pelaburan, Suruhanjaya Perdagangan & Pelaburan Australia, Cik Bernice Kwok, Pengarah Urusan, Harvey Norman Singapura & Malaysia, Tan Swee Ing, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mark Mah, Pengurus Besar Bahagian Perabot, En. Eugene Lim, Penolong Pengurus Besar Bahagian Komputer dan Komunikasi pada acara pembukaan cawangan utama Harvey Norman di Mid Valley Megamall)

Cawangan Utama Direka Sejajar Dengan Trend yang Semakin Berkembang

Cawangan utama baharu Harvey Norman ini adalah destinasi dinamik yang direka untuk memastikan pelanggan terhubung dengan inovasi terkini dalam teknologi dan penyelesaian rumah. Pelanggan berpeluang mencuba peralatan pintar dan kelengkapan rumah moden yang mentransformasikan tugas harian menjadi lebih efisien serta menyenangkan. Dengan menawarkan bengkel interaktif dan pameran produk yang diperibadikan, cawangan ini mencipta suasana imersif yang membantu pelanggan memahami nilai sebenar penyelesaian rumah yang canggih disamping mempelajari mengenai kemampuan inovasi tersebut dalam meningkatkan gaya hidup mereka dengan lancar.

Di bahagian utama kedai dipamerkan bedMATCH®, iaitu Teknologi Tidur Pintar berkuasa AI yang eksklusif dan pertama seumpamanya di Malaysia. Sistem diagnosis saintifik menganalisis profil badan dan tabiat tidur pelanggan untuk memberikan cadangan tilam yang diperibadikan. Setiap tilam dilabelkan dengan satu daripada empat tahap anjalan yang berkod warna iaitu Emas (Lembut), Hijau (Sederhana), Biru (Padat), dan Merah (Sangat Padat), menjadikan proses pemilihan mudah dan tepat. Dalam hanya lima minit, bedMATCH® yang dikuasakan oleh AI akan memberikan penyelesaian yang diperibadikan, memastikan keselesaan serta sokongan yang optimum untuk tidur malam yang sempurna, sekaligus memberi pengalaman baharu dalam beristirahat.

 bedMATCH® yang dikuasakan oleh AI 

Dalam mengukuhkan komitmennya terhadap menyediakan kemudahan berteknologi AI, Harvey Norman juga memperkenalkan Komputer Riba Next Gen AI, dikendalikan oleh Pakar AI Harvey Norman yang terlatih untuk membantu pelanggan mendapatkan penyelesaian teknologi terbaik daripada meningkatkan kreativiti hingga memudahkan tugasan kerja. Inovasi ini menandakan era baharu dalam peranti produktiviti pintar, memperlihatkan usaha Harvey Norman untuk sentiasa menjadikan teknologi lebih mudah diakses dan diperibadikan bagi memenuhi keperluan individu pelanggan.

Sebahagian daripada inisiatif berterusan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Harvey Norman telah menyumbangkan 24 komputer riba AI bernilai sehingga RM97,000 kepada pelajar sekolah menengah yang kurang kemampuan dan pusat pembelajaran sekolah. Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang digital di Malaysia dengan menyediakan teknologi asas buat pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meningkatkan pengalaman pendidikan mereka. Dengan menyediakan peranti pembelajaran moden buat golongan pelajar ini, Harvey Norman memastikan manfaat teknologi dapat diakses oleh semua, seterusnya memperkasakan mereka untuk berjaya dalam bidang akademik, tanpa mengira latar kehidupan.


Promosi Pembukaan dan Aktiviti Mesra Keluarga

Untuk meraikan pelancaran ini, cawangan utama Harvey Norman di Mid Valley Megamall akan menganjurkan aktiviti dan promosi menarik dari 30 Oktober sehingga 3 November 2024. Pengunjung berpeluang menyertai Cabutan Bertuah RM1 dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi bernilai lebih RM40,000, dan baucar Tawaran Pasti Menang (Guaranteed Sure Win) serta hadiah bernilai lebih RM14,500 dengan pembelian minima RM300. Terdapat juga aktiviti untuk seisi keluarga yang menyeronokkan seperti bengkel seni dan kraf, lukisan wajah, serta persembahan yang menghiburkan. Pengunjung juga berpeluang menghadiri sesi perkongsian oleh Adam Lobo mengenai trend teknologi dan menikmati kopi percuma oleh Philips sepanjang hujung minggu ini.

Berbelanja dengan Yakin

Jaminan "Berbelanja dengan Yakin" oleh Harvey Norman memastikan ketenangan fikiran dengan jaminan harga, penghantaran pada hari yang sama, pilihan penjagaan produk, dan polisi penukaran 14 hari. Pakar produk kami yang terlatih sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan, bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan. Pelanggan juga boleh menikmati pilihan pembayaran yang fleksibel, termasuk ansuran sehingga 48 bulan dan perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, memberikan fleksibiliti kewangan bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan.

Dengan fokus terhadap menyediakan perkhidmatan pelanggan yang unggul dan pengalaman membeli-belah yang imersif, cawangan utama baharu Harvey Norman disasar menjadi destinasi utama untuk semua produk kelengkapan rumah dan gaya hidup, dengan sasaran pembukaan 80 cawangan di seluruh negara pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Harvey Norman, cawangan baharu di Mid Valley Megamall, aktiviti dan promosi khas pembukaan, kunjungi laman Facebook Harvey Norman Malaysia atau rujuk pada helaian fakta yang disertakan di sini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?