TEROKAI KILAUAN KOLEKSI BARANGAN KEMAS TERKINI DI JUALAN AKHIR TAHUN HABIB 2024


Menjelang penghujung tahun 2024 ini, HABIB melancarkan Kempen Jualan Akhir Tahun 2024 yang menjanjikan pelbagai pilihan barangan kemas memukau dengan tawaran harga yang menarik. Daripada koleksi emas tempatan dan Oro Italia 916 kepada barangan kemas berlian dan batu permata yang eksklusif, mari terokai kilauannya dan luaskan koleksi bernilai anda, atau trade-in barangan kemas lama anda sebagai simbol permulaan baru. 

Bermula dari 29 November 2024 hingga 1 Januari 2025, kempen Jualan Akhir Tahun HABIB 2024 ini diadakan untuk menyemarakkan lagi musim perayaan dengan membawa ‘The Gift of Happiness’ ke semua bilik pameran dan platform e-dagang HABIB. Sepanjang tempoh kempen, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM30 per gram untuk barangan kemas emas 916 dan 999, diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata; serta hadiah istimewa untuk setiap pembelian melebihi RM5,000 bagi barangan kemas emas, berlian dan batu permata (tertakluk pada terma dan syarat). 

Sebagai peneraju industri barangan kemas, HABIB mempersembahkan koleksi menawan yang direka khas untuk memikat hati dan menyerikan gaya. Sama ada anda mencari rekaan maksimalis yang gah atau hadiah abadi yang akan dikenang sepanjang zaman, ini adalah sorotan pilihan utama dalam kempen ini yang tidak boleh dilepaskan: 

Barangan kemas berlian dan batu nilam pelbagai warna: Tambahkan seri dan kilauan ke penghujung tahun anda bersama koleksi berlian dan batu nilam dalam pelbagai warna dari HABIB. Daripada gelang tangan, cincin, rantai leher hingga ke anting-anting yang mempesonakan, pasti ada satu yang sempurna untuk anda. 

Berlian Bersijil GIA: HABIB menawarkan pilihan berlian yang telah dinilai dan disahkan oleh Gemological Institute of America (GIA), institusi terkemuka dunia dalam bidang berlian. Dengan perincian seperti berat karat, ukuran, potongan, warna dan kejernihan, pelanggan boleh yakin bahawa berlian HABIB memiliki kualiti dan kilauan yang tiada tandingan. 

Koleksi 999/24K: Untuk kemewahan emas tulen, HABIB mempersembahkan koleksi emas 999 atau 24 karat dengan teknik inovatif 5G dan 5D, menawarkan gaya yang megah, tahan lama dan juga bernilai tinggi sebegai pelaburan. 

Gelang Tangan Bersilang Tiga Warna: Menampilkan butiran emas yang berpotongan seakan berlian berbentuk petak dan bulat dalam tiga rona yang seri berkilau, gelang tangan daripada koleksi Oro Italia 916 ini adalah antara pilihan sempurna buat sambutan perayaan akhir tahun. 

Koleksi Tulus: Koleksi ini adalah rekaan asli HABIB yang diilhamkan daripada seni kaligrafi Arab klasik skrip yang dikenali sebagai Thuluth. Menggabungkan karya Latin dan Arab dalam rekaan yang berharmoni, koleksi rantai leher dan tangan ini melambangkan keseeimbangan di antara seni halus dua dunia, sesuai untuk menyerlahkan keunikan si pemakai. 

Koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad Butterfly 2.0: Sebagai hadiah akhir tahun, koleksi wafer emas Butterfly 2.0 ini adalah pilihan anda. Mari menyambut kedatangan tahun baru dengan rekaan yang diinspirasikan oleh kupu-kupu Malay Lacewing dan Long-Tailed Blue yang melambangkan transformasi, azam dan permulaan baharu. Koleksi ini boleh didapati secara individu atau sebagai set lengkap. 

Sebagai sebahagian daripada kempen Jualan Akhir Tahun HABIB 2024, HABIB turut akan mengadakan Jualan Cuci Gudang dari 25 hingga 29 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa tambahan di bilik pameran HABIB sepanjang tarikh tersebut. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jualan Akhir Tahun HABIB 2024, layari e-brochure Jualan Akhir Tahun 2024 kami atau kunjungi laman web rasmi HABIB www.habibjewels.com. Ikuti media sosial kami di Instagram dan TikTok @habibjewelsofficial, serta Facebook @HABIB untuk kemas kini terbaru!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?