ANUGERAH KECEMERLANGAN PERNIAGAAN IMT-GT 2025 DILANCARKAN DEMI INOVASI DAN KESATUAN SERANTAU
Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 yang dinanti-nantikan bakal dilancarkan! Anugerah ini meraikan syarikat-syarikat unggul yang terus mencipta kejayaan dan inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kerjasama serantau di antara Indonesia, Malaysia, dan Thailand.
Pelancaran ini akan berlangsung semasa Forum Pelaburan Bandar Hijau 2024 (Green Cities Investment Forum, GCIF24), yang menyerlahkan kepentingan peranan sektor swasta dalam membina masa depan yang mampan melalui kerjasama strategik. Anugerah ini membawa semangat “Sektor Swasta Diterajui, Sektor Awam Disokong”, mencerminkan visi bersama untuk mencapai kemakmuran serantau yang mampan dan inklusif.
Mengiktiraf Kecemerlangan untuk Memacu Kemajuan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 bertujuan untuk memberi inspirasi kepada perniagaan agar terus cemerlang dengan mengiktiraf kepimpinan, inovasi, dan kerjasama di rantau IMT-GT. Inisiatif ini mengukuhkan peranan penting perniagaan dalam memacu pertumbuhan mampan.
“Bukan kebetulan anugerah ini dilancarkan di Forum Pelaburan Bandar Hijau 2024 (GCIF24). Dengan memberi penghargaan kepada pencapaian dalam sektor-sektor utama ini, Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 menyerlahkan betapa pentingnya inovasi dan kerjasama dalam membentuk masa depan Asia Tenggara yang lebih makmur,” ujar Datuk Ir. Ts. Dr. Mahadi Mohamad, Pengarah Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT.
Kerjasama Strategik Demi Kejayaan Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT (JBC) dengan penuh rasa bangga mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Red Hot Media (RHM) sebagai penganjur rasmi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025. Berbekalkan rekod prestasi yang gemilang dalam menggerakkan komuniti perniagaan serta jaringan kukuh dalam sektor korporat, RHM diberi kepercayaan untuk merancang, mempromosikan, dan merealisasikan anugerah ini demi menjayakan visi yang besar ini.
“Kami amat berbesar hati dapat menyumbangkan kepakaran kami untuk inisiatif yang penuh makna ini. Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 bakal menjadi sebuah platform global yang meraikan serta menonjolkan kecemerlangan serantau,” kata Lim Ee Mae, Ketua Pegawai Eksekutif RHM.
Memfokuskan Sektor Transformasi Anugerah ini akan memberi penghargaan kepada pencapaian dalam pelbagai kategori yang sejajar dengan matlamat strategik IMT-GT:
- Anugerah Pelancongan & Warisan Budaya – Mengiktiraf usaha dalam memelihara warisan budaya dan menjadikan rantau ini sebagai destinasi pelancongan utama.
- Anugerah Perdagangan & Pelaburan – Mengiktiraf sumbangan dalam perdagangan dan pelaburan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta kerjasama rentas sempadan.
- Anugerah Infrastruktur & Keterhubungan – Menonjolkan kemajuan yang meningkatkan integrasi serantau menerusi pembangunan infrastruktur dan keterhubungan.
- Anugerah Pertumbuhan Hijau & Kelestarian – Menghargai usaha perintis yang mempelopori perlindungan alam sekitar dan amalan mampan.
Visi untuk Masa Depan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan IMT-GT 2025 menandakan permulaan tradisi tahunan yang bakal memperkukuh kerjasama serantau, memupuk inovasi, dan mengiktiraf perniagaan-perniagaan yang sedang membentuk masa depan Asia Tenggara.
Inisiatif ini adalah bukti komitmen rantau ini terhadap kemajuan, kerjasama, dan kemakmuran bersama, sambil memberi tumpuan kepada individu serta organisasi terkemuka yang menjadi peneraju dalam kelestarian dan ketahanan ekonomi. IMT-GT menyeru para profesional, pendukung inisiatif hijau, dan pemimpin industri untuk bersama-sama meraikan kecemerlangan ini.
Maklumat lanjut tentang anugerah ini serta inisiatif transformasi IMT-GT boleh didapati di laman web Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT: https://imtgtjbc.org/
Comments
Post a Comment