BUNKFACE BAWAKAN SINGLE TERBAHARU YANG LEBIH KERAS DENGAN "MEMBERONTAK"


Kumpulan punk rock Malaysia, Bunkface, kembali dengan penerbitan single terbaru mereka, "MEMBERONTAK", yang telah dilancarkan pada 18 Oktober 2024 di pla orm rasmi digital mereka (Spotify , Youtube etc).

Single kali ini menampilkan bunyi-bunyian dan riff guitar yang lebih “keras” bagi menyesuaikan cara penyampaian yang lebih kena dengan cerita dan tema lagu “MEMBERONTAK”. Bunkface juga menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk mempersembahkan lagu ini di atas pentas di slot persembahan mereka akan datang. 

“Kami menerima banyak respon positif dari peminat kami berkenaan lagu ini, dan kebanyakan mereka adalah peminat yang telah lama mengikut dan menyokong karya karya Bunkface sejak dari awal lagi” – kata Paan, guitarist Kumpulan Bunkface. 

Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila "MEMBERONTAK" membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi yang memukau. 


Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti Bunkface di platform media sosial. 

Dengarkan “MEMBERONTAK” di : https://bfan.link/memberontak

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

FENG SHUI MODEN: IKEA BAWAKAN IDEA UNTUK RUANG KEDIAMAN YANG LEBIH HARMONI DI TAHUN BARU CINA INI

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”