MENANG BESAR DI FESTIVAL JOYOUS ULIKE DI SUNWAY PYRAMID, ALAMI INOVASI KECANTIKAN DAN KEMERIAHAN PERAYAAN


Ulike secara rasminya melancarkan Festival Joyous di LG2 Orange Atrium, Sunway Pyramid, bagi meraikan dua bulan penuh kemeriahan dengan kecantikan, teknologi, sambutan akhir tahun dan juga perayaan Krismas. Festival ini mempamerkan inovasi terkini Ulike dan menjemput para pengunjung untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah dan juga giveaway, di samping menikmati promosi istimewa sempena musim jualan 11.11.

Festival Joyous Ulike merupakan inisiatif yang bermakna untuk mendekati peminat dan pelanggan Ulike sambil mempamerkan pelbagai inovasi kecantikan yang menjadikan Ulike sebuah jenama yang dipercayai di seluruh dunia. Selepas lebih sedekad memperkemaskan teknologi IPL bagi menangani cabaran utama seperti kelajuan pancaran cahaya, kecekapan tenaga, dan keselesaan titik beku, Ulike membawakan pelbagai penyelesaian dari penyingkiran bulu yang mudah hingga ke kulit berseri, dalam suasana yang meriah dan interaktif.


Dari sekarang hingga 31 Disember 2024, pengunjung berpeluang untuk mencuba seleksi produk canggih Ulike, termasuk Ulike Air10 Pro, ReGlow LED Face Mask, dan Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device yang dipamerkan dengan elegan dalam replika bersaiz sebenar Ulike Air10 Pro berwarna ungu! Melalui demo interaktif, pengunjung dapat mencuba sendiri peranti tersebut dan mempelajari tentang teknologi yang memperkasakan inovasi kecantikan Ulike.


Mengambil semangat perayaan, Ulike akan mengadakan acara giveaway, menawarkan peserta peluang untuk memenangi salah satu produk kecantikan eksklusif Ulike, seperti Bantal Urut berbentuk U jenama ini hingga ke Cermin Solek LED. Peserta hanya perlu memaparkan hadiah mereka dengan menggunakan peranti Ulike berkenaan pada kertas fotosensitif. Aktiviti interaktif ini bukan sahaja merupakan pendekatan yang menyeronokkan untuk pengunjung mengalami dan memahami teknologi kecantikan Ulike, tetapi juga memberi peluang untuk memenangi produk kecantikan Ulike yang hebat.

Pengunjung juga akan menikmati promosi istimewa, seperti diskaun RM100 dan tawaran beli satu percuma lapan untuk peranti Ulike terpilih. Menambahkan lagi keterujaan, mereka yang membeli produk Ulike berpeluang membawa pulang dua lagi peranti Ulike! Setiap dua minggu dari 16 November hingga 28 Disember, Ulike akan memilih dua pemenang menerusi cabutan bertuah untuk memenangi dua peranti eksklusif Ulike secara percuma. Penyertaan dibuka kepada semua dari 1 November hingga 27 Disember 2024.


Kemuncak Festival Joyous Ulike adalah Countdown Malam Tahun Baru, yang juga merupakan acara penutup bagi sambutan dua bulan yang penuh dengan aktiviti ini. Nantikan maklumat lanjut!

Ikuti #UlikeJoyousFestival dan #UlikeBeautyTech di Instagram serta Facebook untuk maklumat terkini, dan sertai kemeriahan ini dalam pada Ulike terus membawakan inovasi kecantikan dengan sentuhan kemeriahan perayaan.

Selain Malaysia, Ulike akan melancarkan kedai pop-up pertamanya di Hong Kong! Selebriti Hong Kong dan superstar Thai Mai Davika, juga akan membuat kemunculan istimewa dan berkhidmat sebagai pengurus kedai sehari di pop-up. Layari halaman Instagram Ulike HK untuk mendapatkan kemas kini terkini.

Untuk berita, promosi dan maklumat terkini, sila layari halaman rasmi Instagram Ulike Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?