BEAUTÉ LIBRARY PERKENAL ERA BAHARU KECANTIKAN DENGAN ION+GLOW™ BIO-RENEWAL
Beauté Library memperkukuh reputasinya sebagai peneraju kecantikan moden dengan memperkenalkan ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial Treatment, rawatan wajah tanpa invasif yang direka untuk memenuhi keperluan kulit berbeza. Rawatan ini menggunakan PlasmaFX™ Cold Wave Technology, peranti bertaraf perubatan yang kini dalam proses kelulusan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
ION+GLOW™ Bio-Renewal memberi fokus kepada masalah kulit seperti kusam, kekeringan, tekstur tidak sekata dan tanda awal penuaan. Dengan teknologi Cold Wave, rawatan ini menawarkan penyerapan bahan aktif sehingga 60 kali ganda lebih berkesan, serta membantu mengurangkan 40% bakteria penyebab jerawat, tanpa sebarang masa pemulihan.
Selain itu, rawatan ini turut menampilkan topeng sel stem tumbuhan yang berfungsi menyokong kelembapan kulit, menjadikan wajah lebih segar, terhidrat dan berseri. Pendekatan ini menekankan keselesaan dan hasil semula jadi, selari dengan falsafah Beauté Library bahawa setiap kulit mempunyai keperluan unik dan penjagaan harus disesuaikan mengikut individu.
Sebagai sebahagian daripada kumpulan EMAX Corporate, Beauté Library membawa visi yang lebih luas dalam menjadikan penjagaan diri moden lebih relevan dan mudah diakses. Dengan portfolio yang merangkumi kecantikan, kesihatan, estetik, gaya hidup dan pendidikan, EMAX Corporate terus memperkukuh komitmen terhadap inovasi yang memberi makna kepada kehidupan seharian.
Rawatan wajah ION+GLOW™ Bio-Renewal kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Beauté Library, sebagai solusi baharu untuk kulit lebih sihat, berseri dan penuh keyakinan.
.jpg)
.jpg)
.png)
Comments
Post a Comment