HUAWEI WATCH GT 7: REVOLUSI JAM TANGAN PINTAR DENGAN PEMANTAUAN KESIHATAN PROAKTIF DAN PRESTASI SUKAN UNGGUL
Huawei Malaysia bersiap sedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI WATCH GT 7 terbaharu di Malaysia, memadankan reka bentuk berteraskan fesyen, pemahaman kesihatan yang lebih pintar serta pengalaman sukan canggih dalam generasi peranti boleh pakai terbaharunya. Direka khas buat pengguna yang mahukan lebih keupayaan daripada jam tangan pintar, siri baharu ini dibina untuk melengkapi rutin harian, gaya hidup aktif serta aktiviti kembara luar bangunan secara lancar.
Pelancaran yang bakal menjelang ini mengukuhkan lagi momentum kukuh Huawei dalam pasaran peranti boleh pakai global. Menurut laporan IDC Quarterly Wearable Device Tracker terbaharu, Huawei menduduki tangga pertama secara global bagi penghantaran peranti di pergelangan tangan pada separuh pertama tahun 2026 dengan menguasai lebih 20% pegangan pasaran. Berasaskan kepimpinan ini, siri HUAWEI WATCH GT 7 menandakan langkah seterusnya dalam inovasi peranti boleh pakai Huawei, dengan salah satu kemajuan paling ketara tertumpu pada kesedaran kesihatan yang lebih proaktif.
Antara penambahbaikan utama ialah Kajian Risiko Kencing Manis (Diabetes Risk Study)[1] eksklusif HUAWEI, sebuah inisiatif penyelidikan yang diterajui oleh Universiti Malaya. Menggunakan isyarat gelombang denyutan yang dikumpul melalui sensor PPG jam tangan ini bersama faktor seperti umur, jantina, tinggi dan berat badan, kajian ini menilai potensi risiko kencing manis selepas tiga hingga 14 hari pemakaian berterusan. Penilaian yang dihasilkan bertujuan untuk memupuk kesedaran kesihatan yang lebih tinggi serta dorongan untuk perubahan gaya hidup lebih awal.
Bagi memantapkan lagi keupayaan pengurusan kesihatannya, siri ini turut memperkenalkan Skor Kesediaan Fizikal (Physical Readiness Score) pertama daripada Huawei, yang menghimpunkan pemulihan, kebolehubahan kadar degupan jantung (HRV), tidur, aktiviti dan kesejahteraan emosi ke dalam satu penilaian harian berintegrasi.
Dari sudut rekaan, siri HUAWEI WATCH GT 7 menggabungkan estetika anggun dengan bahan yang tahan lasak. HUAWEI WATCH GT 7 didatangkan dalam edisi 46 mm dan 41 mm menerusi tujuh pilihan warna, manakala HUAWEI WATCH GT 7 Pro hadir dalam tiga pilihan warna yang menampilkan bezel seramik teknologi nano serta bingkai tengah aloi titanium untuk ketahanan yang ditingkatkan. Model Pro ini turut dilengkapi kaca safir, manakala tali jam EasyCross baharu menawarkan kemasan yang kemas, selesa dan terikat kemas pada pergelangan tangan. Paparan AMOLED cerah yang menyokong kecerahan puncak sehingga 3,000 nits turut meningkatkan kejelasan paparan di luar bangunan.
Bagi aktiviti sukan luar, fungsi Penjejakan AI-XDR Ditingkatkan (Enhanced AI-XDR Positioning) memberikan penjejakan laluan yang lebih tepat dalam persekitaran yang mencabar, manakala Pembinaan Semula Laluan Pintar (Smart Route Reconstruction) mampu menganggar laluan apabila berlaku gangguan isyarat GPS. Siri ini turut memperluaskan keupayaan sukan canggihnya dengan ciri sukan golf baharu pada model Pro, termasuk penjejakan Plays-like Distance dan Shot Distance, di samping alatan berbasikal seperti Perancangan Pendakian Pintar (Intelligent Climbing Planning), Amaran Selekoh Tajam (Sharp Turn Alerts) dan Analisis Ambang Laktat (Lactate Threshold Analysis).
HUAWEI WATCH GT 7 Pro dan WATCH GT 7 46mm menawarkan jangka hayat bateri sehingga 21 hari, manakala WATCH GT 7 41mm menawarkan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Siri ini juga mengekalkan ciri-ciri harian yang praktikal, termasuk pembayaran QR Touch ’n Go serta keserasian dengan telefon pintar Android dan iOS, manakala model Pro menyokong fungsi ECG yang disahkan oleh CE dan MDA.
Siri HUAWEI WATCH GT 7 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 September 2026. Pelanggan juga boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM713, termasuk HUAWEI EasyCross Strap, HUAWEI FreeBuds SE 2, langganan HUAWEI Health+ selama 3 bulan, Keahlian Muka Jam Tangan (Watch Face Membership) selama 1 bulan, Pakej Penjagaan Bebas Bimbang (Worry-Free Care Package) selama 1 tahun dan Jaminan APAC selama 1 tahun. Rebat RM100 terhad dan potongan 10% menerusi SPayLater turut ditawarkan untuk tempoh terhad.
Siri HUAWEI WATCH GT 7 boleh didapati di HUAWEI Experience Store dan saluran dalam talian rasmi HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada dan HUAWEI Official TikTok Shop
Harga dan ketersediaan akan diumumkan semasa majlis pelancaran rasmi. Ikuti kemas kini terbaharu menerusi HUAWEI Official Website, laman media sosial rasmi HUAWEI - Facebook dan Instagram.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment