PENGALAMAN AUDIO-VISUAL MANTAP! WAVE AV EXPERIENCE SHOW KEMBALI TEMUI PEMINAT HIBURAN SEPTEMBER INI


Peminat muzik, gajet, dan teknologi hiburan rumah kini ada alasan untuk teruja! Selepas kejayaan luar biasa Northern International AV Show di Pulau Pinang, penganjur terkemuka Gryphon Production Sdn Bhd kembali menggegarkan Lembah Klang menerusi acara WAVE AV Experience Show 2026.


Bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September 2026 di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, ekspo ini menjanjikan kelainan berbanding pameran biasa. Bukan sekadar tayangan peranti hi-fi atau sistem teater rumah, WAVE AV 2026 direka khas sebagai festival gaya hidup audio-visual moden yang meraikan inovasi, muzik dan seni visual.


Pengalaman Imersif Untuk Semua

Pengarah Gryphon Production Sdn Bhd, Wilson Teoh, menegaskan bahawa pameran kali ini bermatlamat untuk mengangkat gaya hidup seharian pengunjung menerusi integrasi teknologi terkini.

"WAVE AV Experience Show 2026 bukan sekadar mengenai audio semata-mata; ia adalah mengenai mempertingkatkan gaya hidup anda menerusi teknologi," katanya. "Kami mahu memberi inspirasi kepada pengunjung untuk menerima inovasi yang mampu merubah suasana rumah dan kehidupan seharian mereka."

Menariknya, anda tidak perlu menjadi seorang audiophile tegar untuk menikmati pameran ini. Sesiapa sahaja dialu-alukan datang untuk meneroka pelbagai gajet canggih, peranti audio moden, dan pameran interaktif yang mengagumkan.


Sorotan Utama WAVE AV Experience Show 2026:
  • Lebih 50 Pameran & 150 Jenama Antarabangsa: Menghimpunkan jenama terkemuka dari seluruh dunia, termasuk penyertaan khas dari Taiwan dan Singapura.
  • Pelbagai Koleksi Audio & Muzik: Meneroka pilihan kualiti tinggi untuk Hi-Fi, Head-Fo (fon kepala), teater rumah, serta koleksi CD dan piring hitam (vinyl).
  • Zon Elektronik Pengguna Ditambah Baik: Pameran gajet dan peranti hiburan rumah terkini yang reka bentuknya menyatu dengan estetik gaya hidup moden.
  • Pengisian Aktiviti & Sesi Sembang AV: Dengar perkongsian ilmu mengenai gajet audio-visual terkini serta nikmati persembahan hiburan secara langsung sepanjang tiga hari pameran.

Dianggarkan seramai 4,500 hingga 5,000 pengunjung bakal membanjiri lokasi pameran kali ini. Yang paling menarik, masuk adalah PERCUMA!

Bagi anda yang mahu merasai sendiri kehebatan sistem bunyi dan paparan visual masa hadapan, pastikan tarikh ini ada dalam kalendar hujung minggu anda.


Maklumat Acara:
  • Tarikh: 25 – 27 September 2026 (Jumaat – Ahad)
  • Lokasi: Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya
  • Tiket Masuk: Percuma
  • Laman Web Rasmi: www.wave-avshow.com

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERLEPAS PANDANG RISIKO SEBENAR DI SEBALIK PENYAKIT JANTUNG?

JYNNS BUKA FLAGSHIP STORE DI PAVILION KUALA LUMPUR, PERKENAL SEMBURAN MULUT PROPOLIS MADU TRIGONA

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI