STARBUCKS® DAN PEANUTS™ KEMBALI DENGAN KOLEKSI EDISI TERHAD "THE GREAT PUMPKIN"


Ada kisah yang tidak pernah dimakan zaman. Selama bergenerasi, Snoopy dan geng Peanuts telah menceriakan para peminat menerusi kehangatan dan pesona mereka yang sentiasa segar di memori. Pada musim luruh ini, Starbucks dan Peanuts™ sekali lagi berganding bahu bagi meraikan keindahan musim berkenaan menerusi koleksi edisi terhad yang diilhamkan daripada ikonik Peanuts, The Great Pumpkin.

Mulai 15 September, cawangan Starbucks di seluruh Malaysia akan melancarkan barangan koleksi edisi terhad Peanuts™ + Starbucks®. Koleksi ini menyatukan kehangatan, nostalgia, dan semangat ceria watak-watak Peanuts™ yang digemari ramai bersama tradisi musiman Starbucks. Kolaborasi yang merangkumi bekas minuman serta aksesori ini turut dianjurkan sempena ulang tahun ke-60 It’s the Great Pumpkin, Charlie Brown™, dan bakal berada di pasaran dalam tempoh terhad sementara stok masih ada.

Bagi peminat setia, koleksi ini menawarkan cara baharu untuk meraikan Snoopy dan geng Peanuts, di samping memperkenalkan generasi baharu kepada watak, penceritaan, serta nilai persahabatan yang terus mendapat tempat di hati merentas zaman.

“Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyatukan dua jenama yang mempunyai ikatan emosi yang cukup kuat dalam kalangan pengguna. Dengan watak-wataknya yang ceria serta nilai nostalgia yang tinggi, Peanuts™ terus memikat hati para penonton pelbagai generasi, manakala Starbucks pula menyediakan platform untuk para peminat merasai hubungan tersebut menerusi cara baharu yang lebih bermakna. Kami amat teruja untuk memperkenalkan koleksi edisi terhad ini kepada peminat setia mahupun generasi baharu,” kata Zakiah Hanim Binti Md Zaki, Pengarah Pemasaran & Kesetiaan Pelanggan, Starbucks Malaysia.

“Sama seperti Linus, saya sentiasa menantikan ketibaan The Great Pumpkin pada setiap tahun. Sebagai peminat Pumpkin Spice Latte (dengan susu oat dan krim putar), saya amat gembira dapat bekerjasama sekali lagi dengan pasukan Starbucks yang hebat untuk merealisasikan program ini,” ujar Lisa Silverman Meyers, Naib Presiden Kanan Antarabangsa, Peanuts Worldwide.

Koleksi edisi terhad Peanuts™ + Starbucks® ini merangkumi bekas minuman, aksesori, dan anak patung plush. Setiap rekaan menyatukan watak-watak ikonik Peanuts bersama elemen keindahan musim luruh Starbucks, sekali gus menjadikannya cenderamata bernilai tinggi untuk dikumpul, dijadikan hadiah, mahupun diguna seharian.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk:
  • The Snoopy™ Glass Cold Cup: Menampilkan hiasan penyedut minuman Woodstock™ yang comel, topi berwarna labu, serta selendang hijau musiman. Pembelian bagi Snoopy Glass Cold Cup ini dihadkan kepada dua unit sahaja untuk setiap pelanggan.
  • The Great Pumpkin™ Stainless Steel Cold Cup: Memaparkan watak Lucy™ dan Snoopy™ yang sedang menikmati kopi bersama, menterjemahkan kehangatan ukhuwah yang menyinari musim luruh.
  • The Great Pumpkin™ Tumbler: Menampilkan karya seni Snoopy™ dan Woodstock™ yang menceriakan, diilhamkan daripada animasi klasik musiman yang amat disayangi.
  • The Great Pumpkin™ Cold Cup: Menampilkan Snoopy™, The Great Pumpkin™, serta elemen musim luruh yang menceriakan suasana musim labu ini.
  • The Great Pumpkin™ Ceramic Mug: Memaparkan geng Peanuts™ dan memberikan kejutan watak Snoopy™ pada setiap hirupan, sekali gus menambah keceriaan ketika menikmati minuman kegemaran anda.
  • The Happy Dance Stainless Steel Tumbler: Dihiasi dengan hiasan gantung Woodstock™ dan aksi Snoopy yang menari, membawa keceriaan dalam rutin harian anda.
  • Aksesori Tambahan: Koleksi ini turut menawarkan anak patung Snoopy™ Plush, hiasan gantung beg (Bag Charm), dan Mini Tote yang amat sesuai dijadikan hadiah, koleksi peribadi, serta untuk meraikan musim ini.
Koleksi Peanuts™ + Starbucks® ini boleh didapati di seluruh cawangan Starbucks di Malaysia mulai 15 September 2026, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di starbucks.com.my atau ikuti laman Instagram kami di https://www.instagram.com/mystarbucks.

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERLEPAS PANDANG RISIKO SEBENAR DI SEBALIK PENYAKIT JANTUNG?

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”