BINTANG FILEM TERBANG TAMPIL BERGAYA DALAM KOLEKSI DENIM UNIQLO PALING SELESA
Jenama pakaian global popular, UNIQLO, hari ini melancarkan Koleksi Denim Musim Luruh/Sejuk 2026. Koleksi ini mengabadikan falsafah LifeWear menerusi rekaan inovatif yang disesuaikan khas dengan corak kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.
Istimewanya, kempen kali ini turut menyerlahkan barisan pelakon filem TERBANG seperti Zizan Razak, Diana Danielle, Qasrina Karim, Nam Ron, Irfan Zaini, Jack Tan, dan Shweta Sekhon. Masing-masing menggayakan rekaan denim mengikut personaliti dan cita rasa tersendiri—sekali gus membuktikan keupayaan koleksi ini untuk disesuaikan dalam pelbagai aktiviti, acara, serta gaya hidup harian.
Teras utama koleksi ini menampilkan siri EZY Jeans, yang merangkumi EZY Ultra Stretch Jeans, EZY Barrel Jeans, dan EZY Wide Straight Jeans. Dihasilkan menggunakan fabrik inner pile yang dibangunkan secara khas, siri ini memberikan penampilan denim autentik namun kekal lembut dan selesa seumpama pakaian santai (sweatwear), membolehkan pergerakan yang fleksibel sepanjang hari tanpa mengabaikan aspek gaya.
Melengkapkan rangkaian ini adalah potongan siluet kontemporari seperti High-Rise Wide Jeans, Baggy Jeans, dan Baggy Barrel Jeans, di samping rekaan eksklusif JW Anderson Straight Jeans. Sama ada anda menggemari gaya kemas dan sofistikated mahupun santai dan fashion-forward, koleksi ini menawarkan kepelbagaian pilihan mengikut personaliti masing-masing. Semua rekaan yang ditampilkan ditawarkan pada harga RM149.90.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi LifeWear Musim Luruh/Sejuk 2026 UNIQLO, sila layari https://www.uniqlo.com/my/en/
%20(Custom).jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment