BMW GROUP MALAYSIA PERKENAL BMW SHOP ONLINE & BMW ENGAGE



BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua platform dalam talian yang terbaharu pada hari ini, iaitu BMW Shop Online dan BMW Engage untuk mendigitalkan pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan buat pelanggan mereka di Malaysia. Dengan kewujudan saluran yang baharu dalam talian, pengeluar kenderaan premium ini juga menggiatkan kempen “Unplug & Play” mereka dengan lebih banyak tawaran dalam talian yang eksklusif bagi jentera BMW 530e Sport dan BMW 530e M Sport. 

“Kami teruja untuk memperkenalkan platform digital yang baharu, BMW Shop Online dan BMW Engage untuk terus memberikan pengalaman pemilikan yang lancar kepada para-para pelanggan kami. Meskipun kami tidak dapat menawarkan khidmat secara fizikal melalui pusat pengedaran kami buat masa ini, kami berharap orang ramai dapat menemukan “JOY” menerusi dunia digital kami, dan “JOY” dalam era mobiliti yang baharu setelah PKP melabuhkan tirai – “JOY” bukan sahaja merangkapkan Kenikmatan Pemanduan Sempurna, malah tanggungjawab yang tertinggi ke atas ekosistemnya,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia. 

Tambah beliau, “Joy.Electrified by i akan menerajui langkah kami yang seterusnya untuk membentuk mobiliti masa hadapan Malaysia. Kempen tersebut dimulakan dengan “Unplug & Play” sebagai pendekatan untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di di dalam negara dan pada hari ini, kami berbesar hati untuk membekalkan tawaran ini kepada pelanggan-pelanggan kami melalui kempen dalam talian yang eksklusif bagi BMW 530e Sport dan BMW 530e M Sport.” 

Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd., sementara itu berkata, “Kami semua sedang memainkan peranan untuk menyahut seruan #StayAtHome dan #FlattenTheCurve. Namun, kami percaya bahawa tinggal di rumah tidak semestinya menjadi satu kekangan. Dengan BMW Shop Online dan BMW Engage, ia membolehkan pengguna menemukan dan berinteraksi dengan jenama-jenama yang mewakili BMW Group menerusi kaedah yang bertanggungjawab lagi selamat. Pengalaman yang sepenuhnya digital akan memastikan kami dapat memberikan pengalaman pemilikan premium kepada pelanggan kami dari jarak yang selamat dalam tempoh ini. " 

BMW Shop Online ialah sebuah platform digital yang membekalkan pengalaman bilik pameran digital yang lancar dari keselesaan rumah anda. Bermula dengan BMW 530e M Sport dan BMW 530e Sport, platform ini juga akan melancarkan BMW X6 yang terbaharu dan BMW 8 Series Gran Coupe Baru yang terbaharu, sebelum menawarkan portfolio penuh setiap model BMW – sebuah proses yang memudahkan bagi para pelanggan dan peminat untuk mengamati pengalaman baharu bersama jenama ini. 

BMW Engage, platform pembiayaan dalam talian yang pertama kalinya diperkenalkan oleh BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. melengkapkan perjalanan pelanggan BMW Shop Online dengan memberikan pengalaman bebas sentuhan, lantas memberikan pelanggan fleksibiliti untuk memohon dan mendapatkan pra-kelulusan bagi pembiayaan mereka dari rumah melalui proses permohonan yang mudah dan lancar. 

Tawaran “Unplug & Play” yang eksklusif bagi BMW 530e juga boleh didapati di BMW Shop Online bersama rebat tunai yang menarik bermula daripada RM10,000 bagi BMW 530e Sport dan RM20,000 bagi BMW 530e M Sport, termasuk kadar faedah berjumlah 0.00% bagi kedua-dua model, dan peluang untuk memenangi BMW i8 Coupe yang terbaharu. Pemilik-pemilik baharu yang membuat tempahan BMW 530e Sport dalam talian juga akan dihadiahkan BMW i Wallbox. 

Di samping itu, tempahan bagi kedua-dua model ini yang dibuat dalam talian turut hadir dengan kad BMW ChargeNow, ia memberikan akses ke atas stesen-stesen pengecasan rakan kongsi seperti ChargEV oleh Malaysian Green Technology Corporation. Dengan perkhidmatan BMW ChargeNow, para pelanggan dapat menikmati bantuan dan akses 24/7 ke atas semua lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang, ia kini menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara. Pemilik baharu BMW 530e M Sport juga akan menerima BMW i AC Fast Charging Cable. 

Tawaran dalam talian yang eksklusif ini terhad bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020. Para pelanggan kini boleh membuat tempahan untuk BMW 530e Sport dan BMW 530e M Sport pada harga RM1,000 melalui BMW Shop Online di http://shop.bmw.com.my/. Untuk mendapatkan pra-kelulusan sebelum membuat pembelian, pelanggan boleh mengunjungi BMW Engage melalui https://www.bmwfs.my/

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI