BEN UTOMO MENGANGKAT TEMA KESETIAAN DALAM LAGU "ITU SELALU"



Penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Ben Utomo, sekali lagi memberikan karya yang terbaik menerusi single terbarunya, “Itu Selalu”. Single ini menjadi yang pertama bagi Ben Utomo di bawah naungan Def Jam Indonesia.

Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, di bawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n' B. Def Jam telah meluaskan empayar mereka di Asia Tenggara termasuklah Indonesia. Ben Utomo adalah salah seorang artis solo di bawah naungan mereka.

Berbalik kepada single “Itu Selalu”, dalam karya ini Ben Utomo mengambil tema yang memang biasa dijadikan topik dalam kebanyakan lagu hip-hop atau rap, persaudaraan (brotherhood)!

"Single ini menceritakan kisah keluarga, kru, persahabatan, kesetiaan, dan kejayaan, di mana keluarga dan persahabatan serta kesetiaan selalu menjadi perkara yang paling penting," ulas Ben mengenai single"Itu Selalu”.


Pemilihan diksi untuk lirik juga sangat tepat, baik dalam Bahasa Indonesia ataupun Bahasa Inggeris. Maksud setiap bait-bait kata juga mudah difahami dan tidak terlalu serius agar mesej yang ingin disampaikan juga dapat diterima dengan baik. Kesetiaan!

Beralih ke susunan muzik, seperti yang kita semua mungkin tahu, Ben Utomo adalah rapper yang mewakili muzik hip hop yang turut ditambah dengan sedikit ‘trap’, ‘new wave’ tetapi masih ‘lyrical’.

Namun, dalam single "Itu Selalu”, Ben Utomo cuba memberikan sesuatu yang baru dan segar dengan gaya yang berbeza dan bukan kebiasaannya. Dia memberikan kelainan kepada aliran baru dengan sentuhan rentak dan irama hip-hop, tetapi masih mengekalkan karakter Ben Utomo yang biasa.

Tidak ketinggalan teknik autotune yang ditonjolkan dalam single ini menerusi vokal Ben Utomo menghasilkan satu gabungan mantap antara sintesis atmosfera, melankolis atau ambien gelap serta lirik yang retorik. Terbaik!

Def Jam membuat keputusan yang tepat apabila membawa Ben Utomo masuk ke bawah naungan mereka. Kualiti dan gaya yang ada pada Ben Utomo adalah resepi yang sesuai bagi memberikan sajian terbaik dan setara dengan karakter Def Jam.

"Saya sangat gembira kerana ini dapat menjadi jambatan agar muzik saya dapat dinikmati oleh lebih ramai orang," kata Ben Utomo tentang kerjasamanya dengan Def Jam.

Jadi tak perlu tunggu lagi, anda boleh memuat turun atau streaming single "Itu Selalu" melalui aplikasi perkhidmatan muzik digital, setelah itu dengarkan lagu ini secara berterusan. Selamat mendengar!



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM